CEO PFAM Dipilih Sebagai Wakil Asia Di FIFPRO

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail telah dilantik untuk menganggotai ahli lembaga pengarah badan bola sepak dunia, FIFPRO.

Beliau akan mewakili divisyen Asia/Oceania bersama-sama bekas pemain antarabangsa Australia, Kathryn Gill.

Izham adalah CEO PFAM sejak 2014 dan menganggotai FIFPRO pada 2015. Sejak dilantik sebagai CEO PFAM, Izham telah mewakili ramai pemain tempatan dan asing berkenaan hal kontrak, dan perkara berkenaan tuntutan dari majikan sebelum kes dibawa ke pangkuan FAM atau FIFA.

“Ia adalah satu penghormatan untuk dilantik memegang peranan ini, dan saya bersedia membawa idea-idea baharu untuk dibentangkan – salah satunga membawa suara dan aspirasi pemain dari pelbagai latar belakang, terutama dari Asia,” kata beliau.

Sejak menerajui PFAM, Izham telah membawa banyak penambahbaikan dalam usaha membela nasib pemain di Malaysia.

Melalui beliau, PFAM berjaya membina hubungan baik dengan FAM sehingga kedua-duanya memeterai MoU pada 2017, selain turut berusaha pintu rundingan menambahbaik kontrak pemain di Malaysia yang dilaksanakan pada 2018.

Izham adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan dari Universiti Malaya. Pelantikan beliau sekaligus menandakan usaha PFAM memartabatkan dan memelihara nasib pemain selama ini diiktiraf dunia.

FIFPRO adalah badan bebas bola sepak yang mewakili suara pemain profesional dari seluruh dunia. Ibu pejabatnya terletak di Amsterdam, Belanda.

Tahniah buat Izham Ismail atas perlantikan beliau sebagai World Players Union
FIFPRO Global Board.

Leave a Reply