Stuart Ramalingam: Rakyat United Belum Sah Lagi

Rakyat United

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menepis spekulasi bahawa pasukan Rakyat United bakal menggantikan Felda United dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, nama Rakyat United tular di media sosial apabila kelab tersebut dikatakan semakin giat dalam mempersiapkan pasukan dengan mencari pemain baharu bagi saingan Liga Super atau Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia.

Menurut sumber Harian Metro, Stuart juga menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung penubuhan kelab yang mempunyai 1120 pengikut di laman Facebook manakala 197 pengikut di Twitter [sehingga artikel ini ditulis] itu.

Sehubungan dengan perkara tersebut, beliau turut menganggap kewujudan kelab baharu itu merupakan sesuatu yang masih belum disahkan lagi.

”Sehingga kini, saya boleh katakan Rakyat United adalah tidak sah kerana penubuhannya tidak pernah merujuk terlebih dahulu kepada FAM, malah tiada perbincangan lanjut berkaitan perkara terbabit.”

”Jika diikutkan Felda United baharu saja menghantar dokumentasi yang diperlukan kepada FAM hari ini [semalam] dan kelulusan belum lagi diberikan kepada pasukan itu.”

”FAM juga tiada maklumat terperinci berkaitan Rakyat United dan jika benar ia daripada Felda United, sepatutnya menunggu proses penswastaan selesai sepenuhnya,”

Felda United sebelum ini mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan penarikan diri daripada persaingan Liga Malaysia pada musim hadapan. Keadaan itu sudah pastinya membuatkan banyak pasukan baharu yang berminat untuk mendapatkan slot tersebut.

Baca artikel lain tentang perkembangan bola sepak tempatan:

Selangor Sisihkan Bakat Muda? Tentunya Tidak, Kata Michael Feichtenbeiner

KFA: InsyaAllah Kita Akan Jaga-Jaga Daripada Ditipu ‘Scammer’

Ultras Tranung ‘Tembak’ BOD Terengganu FC, Marzuki Sulong Sebagai ‘Kaki Ampu’

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN