Stigma Di China Dan Mengapa Pemain Kebangsaan Dilarang Memiliki Tatu

Pemain bola sepak yang berhajat beraksi untuk skuad kebangsaan China kini tidak dibenarkan untuk memiliki tatu pada badan.

Pemain skuad kebangsaan sedia ada yang memiliki ukiran tatu pula diminta untuk memadamnya jika masih berhasrat untuk beraksi untuk negara.

Badan induk bola sepak negara itu berkata semua pemain baharu yang mewakili negara tersebut di setiap pertandingan peringkat umur kini tidak dibenarkan memiliki sebarang ukiran tatu pada badan mereka.

Beberapa bintang bola sepak China seperti pemain pertahanan, Zhang Linpeng sebelum ini telah diarahkan untuk menutup tatu mereka sebelum dibenarkan beraksi.

Arahan tidak membenarkan tatu kepada pemain bola sepak bukannya perkara baharu di China. Arahan tersebut telah dikeluarkan sejak 2018 lagi.

Sejak tiga tahun lalu, pemain yang memiliki tatu terpaksa menyembunyikannya sebelum dibenarkan beraksi.

“Pada situasi tertentu, tatu haruslah ditutup dan terlindung ketika latihan dan perlawanan, dengan persetujuan pasukan,” kata satu kenyataan daripada badn pentadbir sukan negara itu.

Stigma tatu

Seperti budaya lain di seluruh China, budaya di China turut mempunyai stigma tersendiri mengenai ukiran tatu.

Pada masa lalu tatu digunakan untuk melabel penjenayah. Pada hari ini, tatu masih lagi menjadi simbolik kepada organisasi gelap terancang di rantau Asia.

https://twitter.com/noxwin12/status/1476576312462651392

Di kalangan suku etnik yang konservatif di negara itu, memiliki tatu dilihat sebagai satu budaya yang tidak bertamadun. Pemain bola sepak tidak dibenarkan bertatu kerana ia begitu mudah mempengaruhi minda generasi baharu.

Disebabkan itu, tatu telah diharamkan oleh kerajaan Parti Komunis di China, namun populariti seni tatu tetap mendapat sambutan di kalangan generasi muda.

Tindakan kerajaan

Untuk terus membendung populariti ukiran tatu di China, syarikat penyiar negara tersebut turut mengumumkan akan memperketatkan peraturan penyiaran.

Penampilan di TV dan internet oleh personaliti sukan dan selebriti juga mulai diperketatkan – selain gaya rambut ikat belakang oleh lelaki.

Dalam beberapa rancangan yang terpaksa disiarkan, rakaman terpaksa dikaburkan.

Penganjur kejohanan dan Liga Bola Sepak Remaja Kebangsaan dalam satu kenyataan berkaitan turut memperketatkan peraturan berkaitan.

Setiap pemain yang menyertai pertandingan dan kejohanan badan itu di seluruh China dilarang memiliki tatu, mewarnakan atau memperagakan gaya rambut yang aneh, atau menggunakan sebarang jenis aksesori.

Mereka yang gagal menurut arahan tersebut tidak dibenarkan mengambil bahagian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN