FAM Sahkan Saingan MPFL Seminggu Lewat Dari Tarikh Asal

Media sosial rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru sahaja memberi kenyataan bahawa pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi tahun 2022 telah dianjakkan lewat seminggu dari tarikh asal dikeluarkan.

Kelewatan terjadi setelah FAM memberi penjelasan lokasi Sirkit 1 di Kompleks Sukan Negara (Panasonic) dianjakkan kepada Jumaat, 14 Januari sehingga Ahad, 16 Januari depan.

Pada asalnya tarikh asal akan bermula Jumaat depan iaitu 7 Januari tahun 2022, namun Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM telah mengambil kira kesukaran yang terpaksa dihadapi pasukan bertanding dalam persiapan pra-musim mereka berikutan situasi banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Dalam masa sama, Sabah dan Melaka juga telah menarik diri daripada saingan MPFL musim depan sekaligus menjadikan hanya 15 pasukan yang bertanding secara keseluruhan.

Ini secara tak langsung menyebabkan beberapa pindaan jadual baharu terpaksa dibuat bagi menyesuaikan dengan bilangan pasukan serta mengikut situasi terbaharu.

FAM turut menyatakan jadual terbaharu MPFL 2022 akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut perjalanan MPFL musim depan.

Sumber:

Leave a Reply