Presiden VFF Letak Jawatan 5 Hari Selepas Kegagalan Di Piala AFF

Perkhabaran agak mengejutkan tiba dari Vietnam apabila Le Khanh Hai mengesahkan dirinya telah meletak jawatan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Perkara itu disahkan oleh beliau sendiri kepada portal berita Vietnam, ZingNews pada hari ini.

Hanya lima hari selepas Vietnam tersingkir dari saingan Piala AFF 2020, Le Khanh Hai mengumumkan dirinya telah melepaskan jawatan Presiden VFF walaupun sebenarnya beliau masih lagi mempunyai baki tempoh setahun untuk melengkapkan penggal lantikan.

Lembaga Pengarah Eksekutif VFF dilaporkan akan melantik Tran Quoc Tuan yang merupakan Naib Presiden VFF untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Le Khanh Hai sehingga tempoh pemilihan baharu kelak.

Punca perletakan jawatan

Tidak dapat dipastikan puca perletakan jawatan Le Khanh Hai sebagai Presiden VFF mengambil kira bola sepak negara tersebut terus berkembang maju di bawah pengurusan beliau.

Khabar angin perletakan jawatan tersebut bukannya perkara baru, namun dinafikan oleh beliau sendiri pada April lalu.

Terdapat laporan mengatakan Le Khanh Hai mahukan cabaran baharu di tempat lain.

Ada juga yang mendakwa beliau kini mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya politik.

Pencapaian lalu

Sejak menjawat jawatan Presiden VFF untuk penggal 2018-2022, bola sepak Vietnam telah mencapai pelbagai kejayaan. Antaranya pasukan kebangsaan negara tersebut berjaya mara sehingga suku akhir Piala Asia pada 2019.

Buat pertama kali Vietnam turut berjaya mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022, dan skuad B-23 juga melayakkan diri ke pusingan akhir AFC B-23 pada 2022.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kegagalan Vietnam di kejohanan Piala AFF baru-baru ini telah mempengaruhi tindakan Le Khanh Hai untuk meletakan jawatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN