Statistik Luar Biasa ‘MOTM’, Chris Smalling Menentang Lecce

Jika tanpa Chris Smalling, AS Roma mungkin akan tercicir mata berhadapan dengan Lecce. Roma menang tipis 1-0 ke atas Lecce.

Kemenangan yang meletakkan Roma di tangga ke-5. Dibezakan satu mata daripada pasukan tangga ke-4, Napoli, dan beza 7 mata daripada Inter, selaku peneraju carta.

Pertahanan tengah yang dipinjam dari Man United, Chris Smalling mencuri tumpuan dengan aksi luar biasa beliau menentang Lecce.

Lecce melakukan 13 percubaan ke arah gol dan 6 percubaan tepat dalam perlawanan ini. Hal ini sudah cukup membuktikan pasukan Lecce sangat bernafsu dalam perlawanan ini.

Secara statistik, Chris Smalling mencatatkan 2 hadangan, melakukan 2 pintasan – berkongsi angka tertinggi, dan beliau juga pemain yang berkongsi angka percubaan gol tertinggi.

Itu belum cerita lagi statistik, di mana beliau melakukan 3 ‘clearances’ menggunakan kepala, serta 10 ‘recoveries’ dalam perlawanan ini. Ia angka yang sangat tinggi, untuk memperbaiki kesilapan rakan sepasukan.

Berikut adalah statistik penuh Smalling dalam perlawanan ini:

Maka tidak hairanlah Smalling diiktiraf sebagai pemain terbaik perlawanan.

Para penyokong AS Roma ternyata teruja dengan prestasi Chris Smalling. Lebih-lebih lagi pemain itu baru bersama pasukan mereka dalam masa yang singkat, untuk menyesuaikan diri.

Beliau tidak ada dalam pasukan ketika latihan pra-musim tempoh hari.

Namun hakikatnya pemain ini tiada klausa belian tetap di dalam kontrak beliau. Smalling akan kembali semula ke Manchester United pada musim hadapan untuk menghabiskan baki kontrak beliau bersama Red Devils.

Adakah AS Roma akan cuba memikirkan cara untuk mendapatkan pemain ini secara tetap selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN