Vietnam Beri Jaminan Keselamatan Untuk Penyokong Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memberikan jaminan keselamatan kepada para penyokong Malaysia, menjelang aksi Vietnam vs Malaysia pada 10 Oktober hadapan di Stadium My Dinh, Hanoi.

VFF menyatakan mereka akan memastikan unit keselamatan mereka cukup pada ketika itu nanti.

VFF dan FAM mengadakan mesyuarat koordinasi keselamatan sempena perlawanan itu kelak. Delegasi yang terlibat dalam perbincangan tersebut membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan.

VFF berkata, mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. Ini bukan sahaja untuk memastikan keadaan keselamat terjamin, tetapi untuk melicinkan lagi urusan pada hari perlawanan.

Vietnam melayang kunjungan Malaysia untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia bagi kumpulan G.

Malaysia kini di kedudukan tangga ke-3 dengan 3 mata. Manakala Vietnam di tangga ke-4 dengan 1 mata.

FAM berterima kasih dengan VFF yang berikrar akan cuba memastikan segalanya berjalan lancar dan keselamatan para penyokong Malaysia terjamin.

FAM berharap tiada insiden seperti yang berlaku di Indonesia sebelum ini, meskipun PSSI sudah memberikan jaminan keselamatan sebelum sepak mula.

Penyokong Malaysia diserang dan dibaling objek termasuk botol yang berisi urin ketika di Stadium Gelora Bung Karno.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN