Solskjaer: Rekod Kami Lebih Baik Berbanding Arsenal

Pengendali Manchester United, optimis bahawa pasukannya mampu menang ke atas Arsenal dalam pertemuan awal pagi esok waktu Malaysia.

Manchester United turun dalam misi memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga. Ketika ini Man. United berada di tangga ke-11.

Solskjaer berkata, Manchester United boleh menyandarkan rekod pertemuan ke atas Arsenal. Di mana Red Devils memiliki rekod yang lebih baik berbanding Arsenal.

“Bagi kita, perlawanan menentang Arsenal, sentiasa hebat untuk disaksikan. Kita ada rekod yang baik menentang mereka.”

“Perlawanan ini lebih kepada fokus kepada kami sendiri. Melakukan tugas kami, dan melihat sejauh mana kita dapat mengendalikan masalah yang bakal dijelmakan oleh Arsenal ke atas kita.”

“Rasanya, ia akan menjadi perlawanan yang terbuka. Kedua-dua pasukan gemarkan corak menyerang. Dan perlawanan ini akan menjadi medan terbaik untuk membuktikan keupayaan masing-masing.”

“Setiap kali perlawanan di sini [Old Trafford], kamu mahu menang. Dan kami perlu menang perlawanan ini.”

“Kami sudah tidak sabar-sabar untuk berhadapan dengan Arsenal. Saya sudah menyaksikan taktikal Unai Emery dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Saya boleh katakan beliau sangat arif dalam sistem dengan pelbagai bentuk. Beliau serba-serbi tahu.”

Ditanya tentang potensi beliau akan menurunkan Mason Greenwood dalam pertemuan ini. Ole menegaskan, pemain itu mungkin akan beraksi berdasarkan reputasi dan prestasi semasa pemain muda itu.

Pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan pada kali ini?

Kongsikan ramalan anda dengan kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN