Statistik: Higuain Gagal Melakukan Sebarang Sentuhan Dalam Kotak Penalti vs Napoli

Gonzalo Higuain pulang kali pertama ke San Paolo sejak meninggalkan Napoli untuk menyertai Juventus awal musim ini, pada Julai 2016.

Juventus bergelut di dalam perlawanan ini. Begitu juga Higuain yang menyaksikan Juventus dan Napoli terikat 1-1 di Stadium San Paolo.

Allegri lantas menghamburkan pujian dan menyatakan, seri seperti ini (menentang pasukan seperti Napoli) adalah salah satu cara sesebuah pasukan itu berpotensi memenangi liga.

Namun begitu, Gonzalo Higuain ada hari untuk dilupakan selepas gagal melakukan sebarang sentuhan bola di dalam kotak penalti Napoli.

Ia mungkin kerana tekanan yang tinggi dalam diri beliau. Higuain menjadi sasaran kemarahan penyokong Napoli setiap kali menyentuh bola.

Aksi tidak efektif Higuain menyebabkan pemain €94 juta ini terus kemarau jaringan dalam 5 penampilan terakhir beliua untuk The Old Lady.

Juventus mendahului menerusi Sami Khedira seawal minit ke-7. Marek Hamsik sekali lagi menjadi inspirasi Napoli untuk mengikat Juventus pada minit ke-60.

Namun begitu Higuain masih berpeluang untuk memberikan impak di Stadium San Paolo pada 6 April ini dalam perlawanan Coppa Italia.

Juventus dan Napoli akan beraksi di stadium ini sekali lagi dalam pusingan separuh akhir Piala Itali ini. Juventus mendahului 3-1 secara aggregate.

Baca juga: TMJ Mahu PBNP & PBNJ Duduk Semeja, Jangan Dengar Khabar Angin Mengenai TCH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN