Mourinho: “Shaw Tidak Cukup Komited Dan Kurang Keinginan, Sebab Itu Dia Di Bench”

Jose Mourinho akhirnya membuka mulut kenapa Luke Shaw terus disisihkan daripada pasukan utama.

Jose Mourinho lebih gemar memilih Ashley Young jika pemain seperti Darmian dan Blind tidak dapat bermain.

Luke Shaw adalah bakat muda yang sensasi di England sebelum ini. Shaw menyertai United pada 2014 dengan perpindahan £27 juta.

Beliau juga antara antara pemain terbaik sebelum United patah kaki ketika perlawanan UCL.

Menjawab soalan wartawan tentang isu Luke Shaw yang disisihkan, ada yang menganggap Shaw sudah di’beku’kan oleh Mourinho.

Mourinho berkata:

“Saya tidak tahu nak bandingkan dia dengan pemain lain seperti Darmian, Blind dan Young.”

“Melihat cara ketika dia berlatih, fokus dia dan keinginan, dia terlalu jauh berbanding dengan pemain lain.”

Mourinho juga ditanya, adakah Luke Shaw kini sudah jauh daripada perhatian Gareth Southgate. Beliau menjawab:

“Joe Hart, pemain Inggeris yang bermain secara pinjaman di Itali dan dia tetap bermain dalam pasukan kebangsaan.”

Mourinho memberi isyarat, jika seseorang pemain itu bersungguh-sungguh, walau di Itali sekalipun jurulatih akan memberikan mereka perhatian.

Mourinho juga memberitahu wartawan bahawa, Paul Pogba antara pemain yang masih dalam senarai berjaga-jaga untuk perlawanan tengah minggu ini.

Smalling, Jones dan Mata sah akan berehat panjang.

Manchester United akan menentang Everton pada selasa ini pada saingan EPL. Mereka akan bermain di Old Trafford sekali lagi.

United pastinya mahu menang dalam perlawanan ini, begitu juga Everton. United terus mengejar slot 4 teratas musim ini.

Namun mereka masih ada 1 lagi opsyen ke UCL iaitu menerusi Europa League. United menjadi pasukan yang ke-3 paling banyak seri di 5 liga utama Eropah setakat ini dengan 11 seri.

Hanya Hoffenheim dan Rennes lebih banyak dengan 12 kali seri setakat ini. Ianya statistik yang tidak digemari oleh Mourinho.

Baca juga: 5 Perkara Dari Arsenal vs Manchester City (2-2) Di Emirates

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN