TMJ Mahu PBNP & PBNJ Duduk Semeja, Jangan Dengar Khabar Angin Mengenai TCH

Isu melibatkan perlawanan Piala FA Malaysia diantara pasukan Pahang dan juga JDT kini mendapat perhatian Presiden FAM – Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Baginda telah menyeru agar Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan juga Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) duduk semeja mengenai masalah yang berlaku ketika perlawanan tempoh hari.

Menurut pihak FMLLP, Pahang terlibat dengan 3 kesalahan iaitu:

  • Tidak memainkan lagu negeri Johor
  • Tidak membenarkan penyokong Johor masuk ke dalam Stadium Darul Makmur
  • Mutu zon media yang berada dibawah tahap standard mininum

TMJ bagaimana pun meminta CEO FMLLP iaitu Kevin Ramalingam untuk bertemu baginda mengenai masalah tersebut.

Dalam masa yang sama, TMJ juga meminta pihak PBNP dan PBNJ berbincang mengenai masalah penyokong tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium.

Gambar: Pahang FA

Pihak PBNP dan PBNJ perlu duduk semeja bersama-sama berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut antara mereka supaya ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.”

Bagi TMJ, perkara ini merupakan perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan.

Sambil itu TMJ juga mengingatkan ahli gabungan agar terus mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Hal ini kerana ia untuk mengelakkan pasukan didenda dikemudian hari.

Jangan pula nanti bila dikenakan tindakan atau denda kepada pasukan dan kelab, penyokong akan menyalahkan FAM atau FMLLP.”

TMJ juga berpendapat isu yang berlaku tempoh hari di Kuantan tidak perlu diselesaikan dengan hukuman denda. Sebaliknya, kedua-dua pihak duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian mengenai bagi isu ini agar tidak berulang di masa akan datang.

Tenang dahulu

TMJ juga sempat bercerita mengenai khabar angin yang melibatkan pengendali Kedah Tan Cheng Hoe yang dikatakan bakal menyertai skuad kebangsaan sebagai penolong jurulatih kepada Mario Gomez.

TMJ berpesan agar jangan dengar kepada khabar angin yang tersebar ketika ini.

Untuk makluman semua, selepas saya melantik Mario Gomez sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan, saya telah berikan kebebasan kepada beliau untuk memilih sesiapa sahaja yang beliau mahu bekerja bersama tetapi dengan syarat iaitu penolong jurulatih beliau mestilah jurulatih tempatan.”

Dan Mario sendiri menyatakan bahawa beliau berminat dengan Tan Cheng Hoe oleh kerana dalam ramai-ramai jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe adalah yang terbaik baginya.”

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Namun begitu, TMJ juga berkata ia terpulang kepada Cheng Hoe sama ada untuk terima atau tidak tawaran tersebut.

TMJ juga memberitahu Raul Loghi dan juga Azmin Azram akan menyertai skuad kebangsaan sebagai pembantu kepada Mario Gomez sambil jurulatih kecergasan akan dibawa dari Itali atau Argentina serta koordinator dari AFC.

Akhir sekali, TMJ juga mengingatkan FAM akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi peluang kepada penyokong bertanya dan meluahkan apa yang mereka ingin sampaikan kepada pihak FAM.

Baca juga: Pahang Mungkin Didenda FMLLP Kerana Tak Amalkan Semangat Kesukanan Terhadap JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN