Statistik Di Piala AFC Ini Mampu Bawa Giancarlo Gallifuoco Ke Piala Dunia?

Giancarlo Gallifuoco KL City Piala AFC 2022 Piala Dunia 2022

Tidak dinafikan, apabila KL City FC mara ke pentas final Piala AFC 2022, semua mata tertumpu kepada benteng pertahanan yang diketuai Giancarlo Gallifuoco yang cemerlang memimpin skuad kecil dari Malaysia tersebut.

Sejak mara ke pusingan kalah mati apabila menjuarai saingan peringkat kumpulan, KL City hanya dibolosi tiga gol sahaja sebelum mara ke pentas final untuk bertemu wakil dari Oman, Al-Seeb pada 22 Oktober depan.

Mereka hanya melepaskan dua gol ketika berdepan PSM Makassar di final Zon Asean sebelum melepaskan satu gol ketika membenam cabaran ATK Mohun Bagan di separuh akhir Inter-Zon dengan keputusan 3-1 di India.

Malah di peringkat kumpulan, mereka hanya dibolosi satu gol sahaja.

Piala AFC: ‘Tangan Emas’ Mendoza Bawa KL City Ke Pentas Final

Apa yang pasti kecemerlangan ini dibantu oleh barisan benteng mereka yang kukuh bertahan waima berdepan pasukan seperti FC Sogdiana. Ketangkasan penjaga gol, Kevin Mendoza mencuri tumpuan semua.

Selain Mendoza, Azri Ghani sebelum itu juga mempamerkan ketangkasan yang membawa mereka sehingga ke pentas final Inter-Zon berdepan wakil Uzbekitan itu. Namun, percaturan di final menyaksikan pengendali, Bojan Hodak terpaksa memilih antara Mendoza atau penyerang, Jordan Mintah.

Ia terbukti berbaloi apabila Mendoza telah tampil cemerlang di gawang.

Tetapi, aksi pemain-pemain pertahanan mereka juga bukan biasa-biasa. Menurut Twitter AFC Cup, benteng mereka merekodkan empat statistik terbaik di pertandingan Piala AFC kali ini. Berikut adalah ringkasannya.

Ini menunjukkan betapa benteng KL City merupakan antara yang terbaik di Piala AFC kali ini dan mereka wajar berterima kasih kepada kepimpinan Gallifuoco yang berjaya memberikan mereka kenangan terindah ini.

Ia pastinya sesuatu yang bakal dikenang lama apabila mara ke final dalam debut mereka. Sejarah demi sejarah telah berjaya dilakar oleh KL City.

Adakah Gallifuoco mampu memikat pengendali Australia, Graham Arnold?

Ini persoalan yang menarik kerana Piala Dunia 2022 sudah semakin hampir.

Persoalan ini juga telah diajukan kepada pengendali KL City, Bojan Hodak.

Gallifuoco adalah pemain penting kami sejak dua musim ini dan dia telah memberi yang terbaik bersama rakan-rakan di benteng. Dia adalah aset pasukan dan ada kualiti untuk tampil bersama skuad kebangsaan Australia.

Australia adalah pasukan yang sentiasa membuat kemunculan di Piala Dunia dan mereka memiliki ramai pemain terbaik yang berpengalaman beraksi di pentas tertinggi.”

Gallifuoco akan menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan pemain-pemain terbaik untuk posisinya kerana semua mahu bermain di Piala Dunia. Ia sukar tetapi saya tidak mahu nafikan peluangnya.

Bojan Hodak, New Straits Times

Gallifuoco yang pernah beraksi bersama Tottenham Hotspurs itu telah merekodkan 10 ‘clearances’ dan tiga ‘interceptions’ sepanjang 120 minit permainan berdepan Sogdiana. Ia yang kedua terbaik di belakang seorang lagi bek tengah, Irfan Zakaria (12 ‘clearances’ dan tiga ‘interceptions’).

Pernah tampil untuk Australia di peringkat remaja sehingga ke skuad B-23, beliau belum pernah bersama skuad senior mereka waima sudah berusia 28 tahun. Adakah ini musim terbaiknya untuk terpilih ke Piala Dunia Qatar?

Tiada yang mustahil kerana pemain yang pernah bermain di Liga Malaysia telah melakukannnya iaitu Andrew Nabbout. Begitupun, ia dilakukannya selepas meninggalkan Negeri Sembilan, ketika mewakili pasukan di J1 League, Urawa Reds pada 2018. Debutnya pada usia 27 tahun.

Nabbout percaya dirinya mampu terpilih dan dengan reputasi Urawa Reds selain cemerlang bersama Newcastle Jets selepas meninggalkan Malaysia. Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia merupakan debutnya di Piala Dunia bersama seorang lagi alumni Liga M di Kelantan, Dimitrios Petratos.

Apa peluang Gallifuoco? Bak kata Hodak, “I won’t discount his chance.”

(Update): Statistik Gallifuoco selepas aksi final menentang Al-Seeb:

Ground duels won: 34/48 (71%)
Aerial duels won: 23/30 (79%)
Tackles: 6
Clearances: 19
Blocked shots: 2
Interceptions: 12

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN