3 Fakta Penting Mengenai Gol Ke-700 Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo meraih satu lagi pencapaian peribadi dalam karier profesionalnya selepas menjaringkan gol ke-700 di peringkat kelab ketika membantu Manchester United menang ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

4 kelab berbeza

Ia juga merupakan gol ke 144 penyerang berusia 37 tahun itu untuk United. Rekod jaringan lain dilakukan ketika beraksi untuk Sporting Lisbon (5), Real Madrid (450) dan Juventus (101).

Gol di Goodison Park itu pula merupakan jaringan kedua pemain antarabangsa Portugal itu pada musim ini.

Meskipun bermula di bangku simpanan, Ronaldo masuk pada minit ke-29 menggantikan Anthony Martial yang mengalami kecederaan dan hanya memerlukan 15 minit untuk menjaringkan gol kemenangan United.

Rekod luar biasa

Meskipun tewas, pengurus Everton, Frank Lampard tetap melahirkan pujiannya ke atas Ronaldo yang pernah beraksi berdepan dengannya ketika kemuncak prestasi.

“Ia adalah perkara luar biasa. Salah seorang pemain terhebat yang memeriahkan sukan bola sepak di dalam era di mana kita mempunyai pemain sepertinya dan juga [Lionel] Messi,” ujar Lampard.

Pengendali United, Erik ten Hag juga mengakui rekod 700 gol dalam karier seorang pemain merupakan satu rekod luar biasa yang pastinya sukar untuk dicapai oleh mana-mana pemain lain.

“Saya sangat gembira dengannya. Saya mengucapkan tahniah kepadanya di atas persembahan pada malam ini dan saya juga gembira ia merupakan gol pertamanya dalam aksi liga musim ini,” ujar jurulatih berusia 52 tahun tersebut.

Tahun lalu, Ronaldo telah mencatat sejarah baharu dalamaksi bola sepak antarabangsa apabila mengatasi rekod 109 gol milik Ali Daie yang beraksi untuk skuad kebangsaan Iran di antara 1993 dan 2006.

Di peringkat kelab pula, beliau masih memegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan 140 gol – 13 gol mengatasi pesaing terdekat Lionel Messi.

Beliau juga bersaing hebat dengan penyerang Argentina tersebut yang sudah menjaringkan 691 gol untuk Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona.

Bagaimana 700 gol dijaringkan?

Gol menggunakan kaki kiri ketika menentang Everton merupakan jaringan yang jarang dilakukan oleh Ronaldo di mana secara keselurahan 125 gol terhasil dengan cara tersebut.

Jaringan paling banyak dalam kariernya tentulah menggunakan kaki dominannya dengan 66 peratus iaitu sejumlah 460 gol, smentara 17 peratus lagi pula adalah menggunakan kepala.

Dari segi kawasan, 473 gol terhasil di dalam kotak penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN