Stadium Perak Ditutup Seminggu, Beri Laluan Kerja-Kerja Baik Pulih Stadium

Stadium Perak bakal ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih stadium dijalankan.

Menurut kenyataan media FMLLP, Stadium Perak yang terletak di Ipoh itu akan ditutup selepas perlawanan Liga Perdana diantara PKNP FC dan juga JDTII pada hari ini (14 Julai 2017).

Stadium tersebut akan ditutup selama 7 hari sehingga pada Jumaat minggu seterusnya iaitu pada 21 Julai 2017.

Ia boleh dipakai semula untuk kegunaan aksi Liga Super melibatkan Perak menentang FELDA United pada Sabtu (22 Julai 2017).

Berikutan dengan penutupan itu, satu perlawanan yang akan dilangsungkan pada pertengahan minggu hadapan tidak dapat dilangsungkan.

Ia merupakan perlawanan Piala Malaysia melibatkan PKNP FC menentang Negeri Sembilan yang akan diadakan pada hari Selasa bertarikh 18 Julai 2017.

Oleh kerana itu, PKNP FC perlu mencari gelanggang ganti untuk perlawanan tersebut dan perlu memaklumkan kepada pihak FMLLP secepat yang mungkin.

Mereka perlu memaklumkan pihak lawan, pegawai media, pegawai-pegawai perlawanan serta penyokong mengenai perubahan gelanggang memandangkan mereka adalah pasukan tuan rumah untuk perlawanan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN