Xavi Tidak Ingin Hector Bellerin Atau Bekas Pemain Kembali Sertai Barcelona

Bekas pemain tengah dan bintang Barcelona, Xavi (gambar bawah) telah menolak kemungkinan untuk bekas kelabnya itu membawa kembali pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin kembali ke Nou Camp pada musim panas ini.

Xavi mengkritik Bellerin yang mengambil keputusan meninggalkan Barcelona pada usia yang muda.

Pemain pertahanan Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Nou Camp sepanjang musim panas ini setelah aksinya bersama The Gunners menjadikan dirinya antara bek kanan terbaik Eropah.

Bagaimanapun Xavi jelas kurang bersetuju dengan idea membawa kembali pemain yang pernah mengambil keputusan meninggalkan kelab Catalan tersebut.

Xavi tetap berkata sedemikian walaupun Cesc Fabregas dan juga Gerard Pique adalah antara produk Barcelona yang pernah berkelana dengan pasukan lain sebelum kembali ke Nou Camp ketika era Xavi sebagai pemain.

(Photo by Robert Marquardt/Getty Images)

Lagenda Barcelona berumur 37 tahun ini mengakui bahawa beliau turut berminat untuk menjadi pengurus Barcelona pada masa depan.

Xavi jelas tidak memberi jawapan yang positif ketika ditanya oleh wartawan akan kemungkinan untuk Bellerin kembali menyertai Barcelona, lantas mempersoalkan sebab pemain pertahanan itu meninggalkan Nou Camp sebelum ini.

“Saya tidak banyak menyaksikan perlawanan membabitkan Bellerin. Namun saya akan berkata begini: Ia adalah sukar untuk saya membawa kembali bekas pemain yang pernah meninggalkan kami,” ujar Xavi seperti dipetik berkata kepada wartawan Sport.

“Ya, ia boleh jadi perpindahan yang baik, buruk atau sederhana. Tetapi saya tidak akan memilih untuk membawa bekas pemain untuk kembali ke Barcelona.”

“Kenapa mereka meninggalkan Barcelona pada usia 16 atau 17 tahun? Ia tidak masuk akal bagi saya. Saya tidak boleh faham,” tegas Xavi lagi.

Jon Toral adalah seorang lagi pemain yang meninggalkan kem Barcelona untuk menyertai Arsenal bersama-sama dengan Hector Bellerin.

Namun demikian, Xavi mempunyai pendapat yang berlainan untuk Toral kerana pemain tersebut mempunyai keluarga berketurunan Inggeris.

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

“Saya faham jika ada pemain yang mahu meninggalkan Barcelona. Tetapi dengan alasan yang kukuh. Ibu Toral adalah orang Inggeris. Maka Toral punya kewajaran untuk membuat keputusan sedemikian.

Barcelona juga seperti sudah membayangkan bahawa Bellerin bukan lagi sasaran utama mereka pada musim panas ini.

Laporan dari Catalonia turut menyatakan Barcelona semakin hampir untuk mendapatkan Nelson Semedo daripada Benfica sebagai pilihan selain daripada Bellerin.

Sumber:

1. Sport (2017): Xavi Hernández: “I’d never re-sign a player who left Barcelona”;
http://www.sport-english.com/en/news/barca/xavi-hernandez-id-never-re-sign-a-player-who-left-barcelona-6164982

2. Mark Brus, Metro (2017): Barcelona legend Xavi insists he wouldn’t re-sign Arsenal’s Hector Bellerin
http://metro.co.uk/2017/07/13/barcelona-legend-xavi-insits-he-wouldnt-re-sign-arsenals-hector-bellerin-6777079/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN