Stadium Manahan Bakal Jadi Gelanggang Rasmi Untuk Indonesia Berdepan Argentina?

Stadium Manahan yang terletak di Solo dilaporkan bakal menjadi gelanggang rasmi untuk aksi persahabatan yang membabitkan Indonesia tidak lama bersama beberapa lagi negara lain.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia iaitu Dito Ariotedjo dengan menyatakan Stadium Manahan merupakan gelanggang rasmi Indonesia untuk siri persahabatan yang berada dalam kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Salah satu aksi persahabatan yang dinanti-nantikan pastinya terarah kepada juara Piala Dunia musim lalu iaitu Argentina, selepas negara tersebut dijangka bakal tiba di Indonesia tidak lama lagi.

Aksi persahabatan yang bakal berlangsung pada 12 hingga 20 Jun itu nanti dijangka bakal menyaksikan ada dua perlawanan persahabatan untuk diharungi Sang Garuda dengan salah satunya terarah kepada Argentina.

Sebelum itu, Indonesia telah mengesahkan salah satu lawan mereka untuk dihadapi nanti ialah Palestin yang bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya pada 14 Jun 2023.

Palestin yang memiliki reputasi permainan sangat baik di pentas antarabangsa dilihat sebagai lawan terbaik buat Indonesia untuk menguji kekuatan semasa sebelum saingan Piala Asia tahun hadapan.

Untuk rekod, Stadium Manahan sebelum itu merupakan salah satu gelanggang rasmi buat Indonesia bagi mengharungi saingan Piala Dunia bawah 20 (B-20) sebelum ianya dibatalkan.

Oleh kerana infrastruktur stadium tersebut yang masih baru serta serba lengkap itu tidak jadi digunakan untuk aksi Piala Dunia B-20, maka rancangan baharu timbul untuk menjadikannya sebagai lokasi baharu buat siri perlawanan persahabatan akan datang.

“Jadi saya sudah pun bercakap wakil Kota Solo mengenai perancangan menggunakan stadium tersebut.

“Oleh kerana segalanya sudah lengkap di sana, maka kami akan menjadikan stadium tersebut sebagai lokasi perlawanan persahabatan tidak lama lagi.

Ini juga untuk mengubati hati para penduduk di Solo yang tidak dapat menyaksikan perlawanan Piala Duni B-20 berlangsung di sana setelah dibatalkan,” jelas Dito menerusi Bola.com.

Pada masa sama, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir juga masih belum mengesahkan kehadiran Argentina ke Indonesia.

“Saya juga kini berusaha untuk membawa pasukan-pasukan hebat beraksi di Indonesia. Tetapi saya belum mahu mengulas tentang kehadiran Argentina kerana belum mempunyai bukti hitam putih lagi.

“Saya tak ingin menjadi pemimpin yang menjanjikan sesuatu sangat menarik tanpa membawa kepastiannya kepada para penyokong bola sepak Indonesia.

“Jadi, kalau segalanya sudah dapat disahkan secara rasmi dan proses sudah berlangsung baru saya sendiri akan umumkan. Sudah tentu saya tidak mahu menjadi sebahagian manusia yang mengecewakan penyokong Indonesia,” jelas Erick Thohir.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN