Sri Pahang ‘Sambar’ Penjaring Terbanyak Piala Malaysia 2022?

Selepas kejayaan mereka mengikat kontrak lanjutan pemain naturalisasi iaitu Sergio Aguero, kini Sri Pahang meneruskan langkah lebih jauh dalam mempersiapkan pasukan.

Terbaharu, pasukan tersebut dikhabarkan telah mengikat salah seorang penyerang import sensasi musim ini iaitu Kpah Sherman sebagai tonggak di barisan hadapan tahun 2023.

Ianya dinyatakan menerusi laman Twitter rasmi milik wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam dengan menyatakan Kpah bakal menyertai Sri Pahang pada musim hadapan.

Tambah beliau, musim hadapan juga menyaksikan Sri Pahang bakal dibimbing sepenuhnya oleh Fandi Ahmad selain seorang lagi pemain baharu bakal menyertai pasukan tersebut iaitu Azrif Nasrulhaq.

“Sri Pahang FC yang dijangka akan dibimbing Fandi Ahmad sepenuhnya musim depan difahamkan sudah berjaya mendapatkan top scorer Liga Super 2019 Kpah Sean Sherman dan pertahanan Azrif Nasrulhaq,” jelas beliau.

Seperti diakui, Kpah merupakan salah seorang penggempur yang konsisten sejak beberapa musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M)

Untuk saingan Liga Super 2022, pemain ini jelas bergelut dengan prestasi serta mendapat kritikan daripada para peminat kerana ketumpulan beliau di hadapan gol.

Rekod gol musim ini menyaksikan Kpah hanya meledak enam gol dan satu bantuan jaringan daripada 14 perlawanan selain lebih kerap tersisih untuk diberikan ruang kepada Petrus Shitembi.

Namun, Kpah kembali bangkit dalam aksi Piala Malaysia 2022 dengan menyaksikan beliau menyandang gelaran penjaring terbanyak musim ini bersama penyerang profilik Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva.

Daripada lima sahaja perlawanan dilalui, Kpah menutup kritikan ramai dengan meledak tujuh gol secara keseluruhan bersama satu bantuan jaringan untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak musim ini.

Bersama skuad kebangsaan beliau iaitu Liberia, pemain ini beraksi dalam dua perlawanan antarabangsa ketika menentang Niger dan Mesir serta tiada sebarang jaringan dilakukan.

Secara keseluruhan, Kpah kini boleh dianggap sudah pun melepasi tahun-tahun terbaiknya sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam negara.

Antara faktor mengapa beliau tidak begitu konsisten disebabkan faktor umur serta tidak mampu untuk berasimilasi sepenuhnya dengan corak permainan Terengganu musim ini.

Namun, segalanya mungkin akan berubah jika Kpah mendapat bantuan yang lebih baik daripada rakan sepasukan serta corak permainan Sri Pahang yang lebih ‘direct’ mungkin akan meningkatkan kembali ketajamannya di hadapan gol.

Tugas besar buat Fandi Ahmad untuk terus mengekalkan konsistensi Kpah dalam saingan Liga-M selepas pemain tersebut mampu melakukannya selama enam tahun ini di Malaysia.

Jika gagal menyerlah, mungkin tahun hadapan bakal menjadi musim terakhir Kpah beraksi di Malaysia selepas pertama kali menyertainya pada musim 2017 bersama MISC-MIFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN