Man United Sasar Bintang Muda Sepanyol Untuk Perkukuh Jentera Tengah

Kelab berpengaruh England iaitu Manchester United dikatakan kini sedang rancak menyasarkan pemain baharu untuk dibawa masuk menjelang jendela perpindahan akan datang.

Terbaharu, United dikatakan saling bersaing untuk mendapatkan bintang muda Sepanyol yang kini beraksi bersama Real Sociedad iaitu Martin Zubimendi.

Ketika ini, pasukan bawah kendalian Erik ten Hag itu masih lagi menjalani sesi latihan tanpa sebarang aksi kompetitif kerana memberi laluan untuk saingan Piala Dunia di Qatar.

Walaupun pada awal musim ramai tidak menjangkakan United mampu kekal menyerlah dalam saingan awal English Premier League (EPL), kini pasukan tersebut tampil sebagai antara pencabar terkuat.

Kedudukan semasa menyaksikan pasukan tersebut berada di tangga kelima liga menerusi 26 mata dikutip hasil lapan kemenangan dan dua kali seri.

Namun jika ten Hag ingin terus kekal relevan untuk mencabar kedudukan lebih baik, maka pasukan itu perlu melakukan sesuatu agar ianya dapat ditambah lebih baik berbanding sebelum ini.

Salah seorang pemain yang menarik minat United ketika ini terarah kepada pemain tengah Real Sociedad iaitu Zubimendi yang turut menarik minat Barcelona untuk memantau perkembangan semasa bintang muda itu.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, pengurus Barcelona iaitu Xavi Hernandez jelas sangat berminat untuk mendapatkan Zubimendi berdasarkan prestasi semasa serta corak permainan ditampilkan.

Walaubagaimana pun, United jelas sudah pun memulakan langkah mereka dalam usaha untuk cuba membawa pemain itu ke Old Trafford.

Sesuatu yang agak sukar ketika ini, apabila Zubimendi masih mempunyai tempoh kontrak sangat panjang bersama Sociedad iaitu sehingga tahun 2027 dengan klausa perpindahan sebanyak £51 juta (RM273,270,883).

Sesuatu yang agak menarik mengenai Zubimendi ini apabila beliau turut dibandingkan bersama legenda, Xabi Alonso berdasarkan perjalanan awal karier dan gaya permainan.

Malah, Zubimendi turut mengakui beliau sangat meminati gaya permainan Alonso dan menganggap bekas pemain Bayern Munich itu sebagai idola di atas padang.

“Dia merupakan seorang idola dalam dunia bola sepak, seorang pemain contoh dan saya sangat teruja bila dirinya berkata sesuatu yang baik mengenai diri ini,” jelas Zubimendi.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN