Southampton mengajak Norwich City bermain tic-tac-toe di Twitter semalam untuk mengisi masa lapang selepas perlawanan mereka dibatalkan kerana penularan wabak COVID-19 di Eropah.
Southampton yang sepatutnya menentang Norwich City dalam aksi Premier League di Carrow Road, mengemukakan ajakan tersebut di akaun Twitter rasmi mereka.
Hey, @NorwichCityFC!
— Southampton FC (@SouthamptonFC) March 14, 2020![]()
We might as well have a game of something! Your move… pic.twitter.com/QPTYqkSy3U
Tetapi selepas lebih 30 minit berlalu, akaun Twitter rasmi Norwich City tidak memberikan sebarang respons. The Saints menulis:
Masa sudah melepasi lebih setengah jam, dengan The Saints masih lagi tenang di sebalik taktik membuang masa daripada tuan rumah.
Sebaik sahaja masa mencapai 45 minit, Norwich City masih lagi tidak memberikan sebarang respons. Admin Twitter Southampton nyata kecewa dengan ketiadaan respons daripada Norwich, tetapi masih lagi optimistik:
Well, we've reached the interval.
— Southampton FC (@SouthamptonFC) March 14, 2020
In truth, only one team making any effort to play here, but we're still waiting for the first real breakthrough. pic.twitter.com/v9PYckI5x2
Manchester City masuk
Selepas lebih 45 minit berlalu, barulah Southampton mendapat respons. Tetapi bukan daripada Norwich. Sebaliknya daripada admin Twitter Manchester City:
We’ll play!
— Manchester City (@ManCity) March 14, 2020pic.twitter.com/Zaq75YWb5f
Southampton menyambut baik keterujaan The Citizens dengan menulis:
Ini sesuatu yang tak pernah berlaku. Penggantian kontroversi sedang dilakukan pada permulaan separuh masa kedua…
Unprecedented scenes here, as a controversial substitution is made right at the start of the second half…
— Southampton FC (@SouthamptonFC) March 14, 2020@ManCity
@NorwichCityFC https://t.co/mlYjantLpi
Manchester City memulakan langkah pertama mereka dengan cara klasik – menghalang laluan Southampton tetapi pada masa yang sama memaksimumkan peluang untuk menang.

Southampton membalas taktik City dengan menyerang mereka dari segenap penjuru:

Tetapi City masih lagi tenang. Mereka memperkemaskan taktikal jentera tengah mereka dan nampak sudah mula mampu mengawal permainan:

Respons dari City membuatkan Southampton tiba-tiba terpaksa bertahan:

Manchester City masih tidak berputus asa. Kali ini mereka menyerang dari sayap kanan, dengan harapan hantaran diagonal dapat dilancarkan ke kiri:

Bagaimanapun Southampton cekal bertahan untuk menafikan setiap percubaan serangan City:

Terdesak untuk mendapatkan gol pembukaan, City melancarkan serangan akhir di bahagian kanan Southampton:

Tetapi seperti dijangka, Southampton mudah menafikan serangan City untuk menamatkan permainan dengan keputusan seri:

Reaksi netizen
Perlawanan tic-tac-toe ini nyata menghiburkan ramai netizen yang jelas nampak kebosanan akibat penangguhan siaran langsung bola sepak hujung minggu.
Bayer Leverkusen yang memerhatikan perlawanan ini memuji usaha kedua-dua pasukan terlibat:
Massively entertaining match. Deserved point for both sides
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) March 14, 2020
Amazon pula sudah menawarkan kedua-dua kelab untuk mendokumentarikan perlawanan ini:
Who would want a season of these on #PrimeVideo? Cracking drama.
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) March 14, 2020
Bagi kami, apa yang terjadi ini menunjukkan betapa bola sepak sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian kita dan betapa besarnya impak ketiadaan bola sepak dalam hidup peminat bola sepak.
Apapun, kesihatan mesti diutamakan terlebih dahulu. Semoga wabak COVID-19 ini cepat berakhir dan musim bola sepak 2019/2020 dapat diteruskan seperti biasa dalam masa terdekat.