MPFL 2020: Jaringan Menakjubkan Azrin Adnan Warnai Kemenangan Kuala Lumpur

Azrin Adnan Kuala Lumpur Pulau Pinang MPFL 2020

Bukanlah hari yang baik buat dua penjaga gol Pulau Pinang apabila masing-masing telah melepaskan empat dan dua gol sehingga menyebabkan mereka tewas 4-6 dalam aksi pembukaan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2020, malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung tanpa penyokong di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam itu berlangsung menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun Kuala Lumpur mempamerkan lebih sentuhan tajam.

Shah Azman menjadi pemain paling susah untuk dikawal oleh pemain pasukan pelawat apabila telah berhasil merekodkan hatrik dalam aksi pertamanya ini selain gol menakjubkan penjaga gol Azrin Adnan melengkapkan malam indah Kuala Lumpur.

Shah Azman terlebih dahulu membuka tirai jaringannya pada minit ke-3 menerusi tandukan terbangnya, selepas menerima hantaran cip Nurasyraaf Azle untuk menewaskan Syamirul Aziz, yang tertewas selepas meninggalkan gawangnya.

Pulau Pinang yang dibimbing oleh pengendali baharu musim ini, Hasrinizam Hashim dilihat bergelut untuk mengimbangi aksi yang dipamerkan oleh tuan rumah.

Penguasaan Kuala Lumpur jelas apabila jaringan kedua berjaya dihasilkan tiga minit kemudian menerusi rembatan deras Awaluddin Hassan dari sebelah kanan gol.

Dalam kerancakan Kuala Lumpur mengasak lawan, secara tiba-tiba Pulau Pinang berhasil meledak jaringan pertama mereka menerusi penjaring terbanyak mereka musim lalu, Amirul Ismail pada minit ke-8 menerusi serangan balas pantas.

Disebalik kecemerlangannya menyelamatkan deretan percubaan, Syamirul Aziz akhirnya menghadiahkan lawan gol mudah pada minit ke-11, apabila cubaannya untuk membuat clearence terkena Shah Azman untuk gol ketiga tuan rumah.

Minit ke-17, Shah Azman melengkapkan hatriknya apabila rembatan derasnya berjaya memperdaya Syamirul Aziz buat kali ketiga untuk Kuala Lumpur selesa mendahului perlawanan 4-1, sebelum Nazmi Aziz mendekatkan jurang gol pada minit ke-18.

Babak kedua bermula dengan jaringan menakjubkan penjaga gol Kuala Lumpur, Azrin Adnan di minit ke-24, yang menghasilkan gol dari kawasan golnya, menewaskan penjaga gol gantian, Amri Zulhaini yang sedikit terkeluar daripada posisinya.

Ketinggalan 2-5, pelawat tampil dengan permainan lebih baik dan telah menghasilkan jaringan daripada gerakan menarik menerusi Hanis Izzuddin tiga minit kemudian.

Mulhim Muqri melengkapkan jaringan ke-6 buat Kuala Lumpur di minit ke-37 selepas menerima umpanan Saiful Aula yang pada awalnya telah berhasil menewaskan seorang pemain lawan menerusi satu serangan balas pantas.

Di minit kecederaan, Ikhmal Kamarulzaman telah meledak jaringan buat Pulau Pinang, namun ianya sudah terlambat untuk mengejar Kuala Lumpur yang akhirnya memenangi perlawanan pembukaan mereka untuk tiga mata pertama.

KREDIT FEATURED IMAGE: KUALA LUMPUR FUTSAL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN