Sorotan Piala Dunia Bola Sepak Pantai: Pusingan Kumpulan

Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2017 diadakan di Nassau, Bahamas. 16 negara bertanding untuk edisi kali ini.

Reviu Kumpulan A

Sebagai tuan rumah Bahamas diletakkan di dalam Kumpulan A bersama Switzerland, Senegal dan Ecuador. Senegal membelasah Ecuador 9 gol tanpa balas manakala Switzerland menang tipis ke atas tuan rumah, Bahamas 3-2.

Perlawanan kedua Kumpulan A menyaksikan Switzerland meneruskan cabaran dengan menewaskan Ecuador dengan skor 9-5. Senegal pula membenam Bahamas 10 gol berbalas 1.

Namun begitu, Switzerland menang ke atas Senegal selepas sepakan penalti 3-1. Sebelum itu, kedua dua pasukan terikat 6-6. Bahamas meraih kemenangan untuk penyokong tuan rumah untuk tewaskan Ecuador 4-1.

Juara kumpulan milik Switerland dan naib juara dirangkul Senegal. Tuan rumah, Bahamas pula dengan hampa walaupun duduk di tangga ketiga.

Reviu Kumpulan B

Itali, Iran, Nigeria dan Mexico diletakkan sebagai penghuni Kumpulan B. Iran menewaskan Mexico 3-2 dalam perlawanan pembukaan kumpulan. Nigeria pula tewas 6-12 kepada skuad Itali.

Iran pula ditewaskan Itali dalam perlawanan kedua 5-4. Nigeria menang dalam perlawanan menentang Mexico dengan 5 gol berbalas 4 selepas masa tambahan.

Mexico terus menjadi mangsa belasahan apabila dimalukan Itali 8-1. Iran pula menang ke atas Nigeria melalui sepakan penalti 2-1 selepas kedua-dua pasukan seri 4-4.

Itali dan Iran layak ke suku akhir setelah masing-masing menduduki carta dua teratas Kumpulan B.

Reviu Kumpulan C

Penganjur menetapkan Paraguay, Portugal, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Panama sebagai ahli Kumpulan C. Panama tewas 7-0 di tangan Portugal semasa perlawanan pertama Kumpulan C. UAE pula menang ke atas Paraguay 3-2.

Paraguay mengejutkan Portugal 5-3. UAE pula menang melalui sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2 dengan Panama.

Perlawanan terakhir Kumpulan C menyaksikan Paraguay menang ke atas Panama dengan keputusan 5-2. Portugal berhempas pula menewaskan UAE 2-1 selepas masa tambahan.

Paraguay dan Portugal meneruskan cabaran di suku akhir sebagai juara dan naib juara Kumpulan C.

Reviu Kumpulan D

Brazil, Tahiti, Jepun dan Poland diletakkan di dalam Kumpulan D. Jepun membenam Poland 9-4 dan Brazil menewaskan Tahiti 4-1.

Dalam perlawanan kedua, kejutan berlaku apabila Tahiti menewaskan Jepun 4-3. Brazil pula mengalahkan Poland 7-4.

Poland terus dirundung duka apabila dimalukan Tahiti 8-4 sekaligus ditunjuk keluar dari persaingan peringkat kumpulan. Jepun menerima nasib sama setelah tewas 9-3 kepada Brazil.

Juara kumpulan D milik Brazil manakala Tahiti menduduki gelaran naib juara.

Undian suku akhir

Switzerland bakal bertemu Iran manakala Paraguay akan bertemu Tahiti. Itali pula bertembung Senegal. Juara bertahan, Portugal akan berhadapan Brazil.

Semua perlawanan suku akhir diadakan pada 5 Mei (waktu Malaysia).

Siapakah juara pilihan anda? Dan sampai bila kita hanya menjadi penonton, teringin juga nak lihat Malaysia melangkah ke Piala Dunia Bola Sepak Pantai.

Takkanlah nak menunggu kuota bertambah baru nak berubah?

Baca juga: Azraai Khor: “Saya Tuntut Gaji Jun 2015 Bukannya Pampasan”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN