Datuk Seri Vida: “Saya Tidak Berhutang Apa-Apa Dengan KAFA”

Ada segelintir pihak menuding jari kepada pemilik Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida yang dilabel sebagai penaja bermasalah seperti yang dicanang oeh KAFA.

Dalam beberapa siri kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa, beliau mendedahkan ada beberapa penaja yang bermasalah.

Kesannya, KAFA berhadapan masalah kewangan yang kritikal dengan defisit berjuta ringgit. Ini kerana duit tajaan tidak masuk seperti yang termaktub di dalam kontrak.

Oleh itu, musim lalu, KAFA gagal menjelaskan gaji beberapa pemain dan jurulatih. Dipetik daripada sumber Harian Metro, Datuk Seri Vida berharap penyokong-penyokong Kelantan tidak mengaitkan beliau dengan masalah tersebut.

Dalam kenyataan media beliau, Datuk Seru Vida berkata:

“Saya mahu menjawab berkenaan dakwaan sebahagian netizen di media sosial bahawa saya tidak ada hutang dengan KAFA.”

“Saya geram sungguh dengan dakwaan seperti itu.”

“Saya tinggalkan KAFA dengan baik serta penuhi komitmen sebagai penaja untuk musim lalu secara keseluruhannya berjumlah RM8 juta.”

“Gaji kepada pemain juga dibayar tiap-tiap bulan pada musim lalu dan pihaknya berharap tidak menuduhnya berhutang dengan KAFA.”

Kerjasaman Datuk Seri Vida dengan KAFA pada musim lalu pada awalnya dilihat bermula sangat baik. Namun ia berakhir pada akhir musim lalu.

Ianya selepas beberapa konflik dalaman timbul di antara pihak KAFA dan Datuk Seri Vida.

KAFA berhadapan dengan pemotongan 6 mata daripada FMLLP keranan kegagala melangsaikan hutang gaji bekas pemain dan jurulatih mereka.

Baca juga: Highlight: Celta Vigo 0 Man. United 1, Gol Tunggal Rashford Jadi Bekalan

Leave a Reply