Azraai Khor: “Saya Tuntut Gaji Jun 2015 Bukannya Pampasan”

Bekas ketua jurulatih skuad The Red Warriors, Mohd. Azraai Khor Abdullah memperjelaskan isu tuntutan gaji daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang disiarkan oleh FMLLP semalam.

Azraai Khor membuat penjelasan melalui akaun Facebook peribadi beliau siang tadi setelah beberapa pihak membidas kenyataan yang beliau berikan kepada pihak FMLLP.

Azraai Khor Abdullah

Tan Sri Annuar Musa, yang pada ketika itu adalah Presiden KAFA mengumumkan perlantikan Mohd. Azraai Khor Abdullah sebagai pengendali Kelantan FA pada 24 Mac 2015.

Pengendali sebelumnya, George Boateng dilantik sebagai Pengarah Teknikal pasukan. Bagaimanapun, Azraai mengumumkan perletakan jawatan beliau setelah beberapa bulan sahaja bersama pasukan gergasi pantai timur itu.

Dalam kenyataan TSAM yang kami masukkan di dalam artikel: TSAM Label Azraai Khor Merapu, Tuduh FMLLP Tak Relevan, beliau menuduh Azraai Khor sudah mendapat pampasan daripada KAFA.

TSAM juga mebidas sikap Azraai Khor yang cuba menagih pampasan penuh untuk penamatan kontrak. Sedangkan Azraai Khor meletak jawatan dengan notis singkat kerana isu tangan ghaib.

TSAM berkata:

“Dia (Azraai Khor) meninggalkan pasukan atas pilihan sendiri dengan memberikan short notice. Oleh itu beliau diberi sedikit pampasan.”

Tan Sri Annuar Musa juga menyatakan Azraai Khor dan KAFA sudah mencapai persetujuan bersama untuk jumlah pampasan itu. Beliau menambah:

“Ada mutual settlement (penyelesaian atas persetujuan bersama). Ada yang di bawah perintah mahkamah dan macam macam lagi.”

Azraai tuntut gaji bulan Jun bukan pampasan

Ini membuatkan Azraai Khor terkilan dituduh cuba menuntut pampasan yang beliau tidak berhak dapat penuh.

Azraai Khor tidak pernah mempertikaikan soal pampasan kerana beliau tahu beliau meninggalkan KAFA dengan notis jangka pendek.

Azraai menghormati persetujuan bersama untuk isu pampasan. Namun beliau mengusulkan isu bayaran gaji bulan Jun 2015 yang masih belum diterima sehingga ke hari ini. Beliau tampil menjelaskan:

“Saya letak jawatan pada 7hb Julai 2015 setelah saya gagal memberi yang terbaik buat pasukan.”

“Bagi saya ada (individu lain) lebih professional sekiranya jawatan tersebut diberi pada calon yang lebih sesuai daripada dipecat dan tuntut pampasam kemudian hari.”

Azraai Khor ketika diumumkan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA. Kredit: Utusan Malaysia

“Selepas saya meletak jawatan, saya menuntut gaji saya untuk bulan Jun 2015 yang belum dibayar.”

“Sampai sekarang mereka (KAFA) belum dijelaskan sepenuhnya sepertti apa yang dipersetujui.” jelas beliau lagi.

Isu sokongan ke atas tindakan FMLLP

Berkenaan isu pemotongan mata oleh FMLLP, Azraai Khor menyatakan pendiriannya yang bersetuju dengan langkah berkenaan sebagai hukuman.

Azraai Khor ketika sesi latihan pasukan Kelantan pada 2015.

Bagaimanapun, beliau berpendapat ia kurang wajar untuk dilakukan pada pertengahan musim tatkala persatuan negeri sudah mengeluarkan modal yang banyak untuk menyertai saingan Liga Malaysia musim ini.

“Sepatutnya pasukan yang mempunyai hutang dilarang ambil bahagian pada awal musim”, jelas Azraai dalam muat naik tersebut.

Dalam muat naik yang sama, Azraai Khor turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana kumpulan penyokong The Red Warriors.

Beliau turut menyifatkan penyokong pasukan Kelantan adalah antara yang terbaik di kalangan pasukan yang bertanding di dalam Liga Malaysia.

Kami berharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Hanya kedua-dua pihak iaitu KAFA dan Azraai Khor sahaja yang tahu tentang isu ini lebih lanjut.

Mungkin Tan Sri Annuar Musa tidak mendapat maklumat yang jelas tentang isu pembayaran ini berdasarkan kenyataan beliau yang terus pin point kepada isu pampasan.

Sebaiknya, KAFA sendiri yang tampil dengan kenyataan rasmi dari pihak mereka.

Baca juga: Hamidin Minta Penyokong Bersabar Isu Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN