TSAM Label Azraai Khor Merapu, Tuduh FMLLP Tak Relevan

Nampaknya 2 atau 3 hari ini cerita TSAM sahaja dalam web kami. Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, kami sentiasa cuba megambil langkah atas pagar dalam isu bola sepak negara.

Jika ada pandangan peribadi, penulis kami akan membuat disclaimer dalam artikel mereka.

Baiklah, berbalik kepada kes Tan Sri Annuar Musa (TSAM) vs FAM-FMLLP, semalam beliau berang sekali lagi. Kali ini dengan bekas jurulatih Kelantan, Azraai Khor Abdullah.

Ia sebagai reaksi balas kepada kenyataan Azraai Khor yang menyambut positif pemotongan mata pasukan Kelantan.

Azraai Khor merasakan sudah tiba masanya tindakan perlu diambil setelah diberi amaran untuk melangsaikan gaji, KWSP, PERKESO dan juga cukai pendapatan terlebih dahulu.

Semua hal tersebut harus diselesaikan sebelum berbelanja besar dengan mengambil pemain import dan pegawai pasukan yang baharu.

Dipetik dari laman rasmi FMLLP, Azraai Khor berkata:

“Saya sangat setuju atas tindakan yang di ambil oleh FMLLP ini dan ianya membuka mata semua pihak. Sekurang-kurangnya nasib pemain dan jurulatih terbela.”

Bekas pengendali Lang Merah dan The Red Warriors ini juga memberitahu yang KAFA masih belum menyelesaikan tunggakan gaji beliau dari 2015.

Hal ini sampai ke telinga TSAM dan beliau menjelaskan:

“Ini contoh si pemiutang yg dikategorikan sebagai hutang dalam pertikaian. Azrai Khor (sudah) dibayar gaji tanpa tonggakan.”

TSAM juga memberitahu KAFA melepaskan Azraai Khor atas budi bicara kerana jurulatih itu memberikan notis singkat. Oleh itu, Azraai Khor tidak menerima pampasan penuh.

Beliau berkata:

“Dia (Azraai Khor) meninggalkan pasukan atas pilihan sendiri dengan memberikan short notice. Beliau di beri sedikit pampasan.”

Azraai Khoor pada 2015 meletak jawatan kerana mendedahkan sudah tidak tahan dengan tangan ghaib yang mengganggu kerja beliau. Beliau hilang kebebasan dalam banyak perkara sebagai seorang jurulatih.

TSAM bingkas melabel Azraai Khor sebenarnya hanya mencari alasan kerana gagal memberikan kejayaan seperti yang beliau janjikan.

TSAM: Azraai Khor berdrama

“Beliau yang buat cerita ‘tangan ghaib’ ini setelah beliau gagal mencipta kejayaan yang dijanjikan. Kita lepaskan beliau dengan baik.”

“SMS beliau saya masih saya simpan. Tetapi sekarang beliau komen seolah-olah kita berhutang dengan beliau.”

“Banyak lagi, ada mutual settlement (penyelesaian atas persetujuan bersama). Ada yang di bawah perintah mahkamah dan macam macam lagi.”

“Jangan pakai longgok sahaja masalah hutang, hanya semata-mata ada aduan (tentang KAFA).”

Dalam satu komen balas Azraai Khor, beliau menjelaskan, gaji untuk Jun 2015 adalah masih tertunggak.

FMLLP tidak ada kaitan dengan hutang Kelantan FA

TSAM juga mempertahankan yang hutang pasukan Kelantan adalah tidak ada kena mengena dengan FMLLP. Beliau berkata:

“Hutang (ini) berdasarkan pada kontrak. Kontrak ini adalah hal yang di sisi undang undang. Ianya sudah ada jalur dan prosesnya tersendiri.”

“Tidak boleh wujud double jeopardy ataupun penghukuman bertindih atas satu kesalahan. FMLLP pula tidak wujud di dalam kontrak di antara kedua-dua belah pihak.”

TSAM mengingatkan dan ‘menyekolahkan’ FMLLP tentang jenis-jenis hutang. Beliau berkata:

“Ada hutang lapuk, ada hutang yang dirunding, ada hutang yang disusun semula dan banyak lagi.”

“FMLLP bukan lembaga disiplin. Mereka hanyalah badan penganjur. FMLLP sepatutnya membuat Kongres FMLLP tetapi mereka tidak melakukannya.”

TSAM: Dasar syok sendiri FMLLP

“Dasar-dasar buatan sendiri ini datang dari mana? Nak sekat pendaftaran pasukan, nak menolak pendaftaran pasukan.”

TSAM juga meluahkan dasar FMLLP yang ada merumitkan. Beliau meminta FMLLP menunjukkan surat tunjuk sebab yang jelas sebelum mengambil tindakan secara pukul rata.

“Bila buat sesuatu dasar biar jelas. Isu hutang mana satu yang dimaksudkan? Tolong kemukakan show cause (letter) yangg jelas dan jangan pukul borong.”

“Adakah ia merujuk kepada hutang pada 1985? Ataupun hutang seperti claim yang dibuat Azraai Khor? Ataupun hutang McKain ataupun Popov?”

“Kes-kes tersebut, setiap satunya berbeza.

TSAM juga mendengar ada rintihan bekas pemain Selangor dan Melaka yang meluahkan masih belum dibayar gaji. TSAM meminta 2 pasukan tersebut turut diptong mata.

“Nah! Sekarang tolong potong mata Selangor dan Melaka.”

Beliau juga yakin, dalam masa terdekat ini, akan lebih ramai pihak yang akan tampil selepas ini kerana isu tunggakan gaji ataupun hutang. Beliau berkata:

“Dan sedikit masa lagi, ada lagi tuntutan hutang ke atas pasukan lain. Kalau mereka tidak dipotong 6 mata, bubar sahajalah FMLLP. Tiada FMLLP, tiada masalah.”

“Maaf Azraai, cukup-cukuplah anda merapu.”

Baca juga: FAM: Pasukan Yang Didenda Akibat Berhutang Boleh Buat Rayuan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN