Susulan keputusan mengecewakan dalam aksi berdepan Liverpool, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendakwa protes penyokong pasukannya di luar Old Trafford menjadi salah satu punca pasukannya tumbang di halaman sendiri.
United tewas 4-2 kepada musuh tradisinya itu dan ia merupakan perlawanan yang dijadualkan semula yang sepatutnya berlangsung pada 2 Mei lalu, namun tertangguh ekoran protes penyokong yang menceroboh ke dalam stadium dan padang sebelum perlawanan bermula.
Ia juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Tempoh hari kekalahan 2-1 kepada Leicester City telah mengesahkan kejuaraan musuh setempat Manchester City.
Solskjaer blames Liverpool defeat on fan protests https://t.co/giQt1UAEnE
— Soccer24 (@Soccer24Zim) May 14, 2021
Sekalipun tiada sebarang pelanggaran keselamatan berlaku dalam perlawanan kali ini, namun kedua-dua pasukan mengambil langkah berjaga-jaga dengan tiba awal di stadium sekitara enam jam sebelum aksi bermula.
Namun Solskjaer beranggapan kehadiran penyokong yang berkumpul beramai-ramai di luar stadium telah memberi kesan negatif kepada pemainnya dari segi emosi dan prestasi.
“Sudah tentu ia sedikit mengganggu kami sehingga tidak bermain dengan baik tetapi kita harus menghadapinya,” katanya kepada Sky Sports.
Bagi jurulatih berusia 48 tahun itu pasukannya beraksi lebih baik berbanding Liverpool, tetapi akur keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan pelawat yang terdesak mahukan kemenangan untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.
“Mereka berhak menang. Kami dibolosi jaringan di saat penting dalam permainan. Kami tidak membina momentum atau memecah momentum mereka,” katanya lagi.
“Kami memberi mereka sekurang-kurangnya dua gol. Kemudian kami menjaringkan lagi, mempunyai peluang besar. Segalanya berlawanan buat kami. Bentuk dan tekanan mereka sangat agresif.
“Kami mencipta kejatuhan kita sendiri. Matlamat kedua yang mungkin anda jangkakan tidak akan berlaku pelanggaran maka itu adalah saat yang buruk untuk diserahkan sebelum separuh masa. Matlamat ketiga yang kami berikan kepada mereka dan itu benar-benar buruk.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Edinson Cavani Kongsi Sebab Mahu Terus Kekal Bersama Man Utd
Analisis: Peranan Baharu Ilkay Gundogan Sebagai No.8 Dalam Sistem Hybrid Man City