Edinson Cavani Kongsi Sebab Mahu Terus Kekal Bersama Man Utd

Seperti yang kita semua telah ketahui, Edinson Cavani telah memberikan komitmen beliau untuk terus kekal di Old Trafford untuk semusim lagi.

Ini bermakna sebarang idea untuk beraksi di Argentina terpaksa ditangguhkan buat masa ini. Penyerang dari Uruguay itu sebelum ini dikait rapat bakal berhijrah ke Boca Juniors, dan Cavani mendedahkan kemungkinan untuk ke kelab Argentina itu adalah benar dan amat hampir untuk berlaku.

Di sebalik semua itu, Cavani menjelaskan apa yang dilaporkan di dada akhbar mengenai perpindahan tersebut, sebahagiannya adalah benar, manakala sebahagian lagi hanya rekaan daripada media.

Satu perkara yang pasti, penyerang berusia 34 tahun itu kini gembira selepas menandatangani kontrak baharu selama setahun untuk kekal di Old Trafford, selepas menjaringkan 15 gol dari 36 penampilan untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Mengenai khabar angin yang berkata beliau sudah memutuskan untuk ke Argentina selepas kempen musim ini berakhir, Cavani ketika ditemuramah 2 de Punta berkata:

“Kemungkingan untuk saya menyertai Boca adalah benar. Tetapi saya sentiasa jelas mengenai perkara itu. Apa yang dilaporkan di media hanya separuh benar, separuh tidak benar.

“Ia [khabar angin] memang sentiasa begitu, tetapi peluang itu [beraksi di Argentina] adalah benar.”

Cavani didatangkan ke Old Trafford sebagai seorang ejen bebas pada musim 2020, selepas Solksjaer memburu seorang penjaring yang sudah terbukti kemampuannya.

Walaupun telah menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Manchester United, Cavani tidak menutup pintu untuk beraksi di Argentina pada masa hadapan.

Cavani berkata beliau telah bercakap kepada Naib Presiden kelab, Juan Roman Riquelme selama bertahun-tahun mengenai kemungkinan tersebut, dan buat masa ini kemungkinan itu tetap akan ada.

“Adakah pintu untuk menyertai Boca masih lagi terbuka? Anda harus bertanya kepada Boca mengenai perkara itu Hari ini realitinya adalah seperti ini. Saya kini bersama Manchester United dan amat fokus.”

Cavani turut berkongsi mengenai sebab-sebab beliau mahu terus kekal di Old Trafford walaupun keinginan untuk kembali beraksi di Amerika Selatan sudah lama tertanam.

“Akan tiba masanya anda perlu kembali ke tempat asal bersama orang-orang tersayang. Tidak pernah setahun pun yang telah berlalu tanpa saya memikirkan perkara tersebut, tetapi keputusan diambil bersandarkan banyak perkara. Antaranya ialah hubungan dengan mereka yang ada di sekeliling anda, sikap yang ditunjukkan oleh pihak kelab kepada anda dan keluarga, rakan sepasukan yang mendesak saya untuk terus kekal, dan sudah tentu juga kerana pengurus.”

Cavani telah menjaringkan lapan gol dari lapan penampilan terakhirnya untuk Manchester United, dan akan kembali beraksi pada awal pagi nanti untuk The Red Devils yang menanti kunjungan Liverpool.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Edinson Cavani:

Seperti Falcao Atau Ibrahimovic, Apa Nasib Cavani Di United?

Ayah Tergelak Dengan Impian Cavani Nak Juara UCL Bersama PSG

Video: Lihat Bagaimana Sepakan Pecuma Cavani Selamatkan PSG!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN