Adakah Salah Stefan Nikolic & Alex Goncalves Dengan Prestasi Melaka United?

Stefan Nikolic Zainal Abidin Alex Goncalves Melaka United 2021

Menurut laporan Utusan Malaysia, dua penyerang, Stefan Nikolic dan Alex Goncalves telah digugurkan Melaka United akibat kegagalan mereka meledak jaringan.

Kedua-dua penyerang dikatakan gagal menyumbang dalam membantu Melaka United untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik apabila ketika ini mereka berada di zon penyingkiran, di kedudukan ke-11, Liga Super 2021 dengan mengumpul 11 mata.

Adakah benar mereka punca kepada kegagalan Melaka United dalam saingan liga? Untuk rekod, dalam 10 penampilan, Alex Goncalves berhasil meledak tiga jaringan, sementara Stefan Nikolic pula telah meledak empat gol dalam tujuh penampilannya.

Untuk Alex Goncalves, mungkin agak logik untuk mengatakan beliau gagal menyerlah sebagaimana aksinya bersama Parsela Lamongan di Liga 1 Indonesia – meledak 17 gol dalam 29 penampilan. Bagi Stefan Nikolic, mungkin sedikit tidak adil buatnya.

Musim lalu, penjaring terbanyak Melaka United adalah Uche Agba yang menghasilkan lima gol dalam 11 penampilan, sementara pada 2019, pemain dari Filipina, Patrick Reichelt pula muncul penjaring terbanyak mereka dengan 10 gol dalam 22 aksi.

Jika bercerita tentang sentuhan jaringan, mungkin penyokong skuad Hang Tuah akan mengingati ledakan Ilija Spasojevic yang menjaringkan 24 gol dalam 20 penampilan di Liga Premier 2016 dan Marko Simic dengan 9 gol dalam 9 penampilannya.

Jika dilihat, masalah utama Melaka United adalah di luar padang yang mengganggu pasukan. Masalah tunggakan gaji pemain musim lalu masih menghantui mereka dan segalanya baru berubah dengan pengambilalihan kelab oleh syarikat swasta.

Para penyokong dilihat lebih mahu menunding jari kepada kegagalan pengendali, Zainal Abidin Hassan. Taktikalnya dikatakan sudah ketinggalan dan gagal membantu Melaka United untuk mengeluarkan prestasi yang lebih baik sejak kebelakangan ini.

Sejak mengambil alih pasukan untuk saingan Liga Super musim 2019, Zainal Abidin bukanlah watak yang digemari oleh majoriti penyokong Melaka United. Mereka hanya menamatkan musim di kedudukan ke-6 pada musim 2019 dan ke-9 pada musim lalu.

Adakah Zainal Abidin gagal menggunakan pemain-pemainnya dengan sebaiknya? Itu menjadi persoalan utama dan kedudukannya juga masih belum selamat. Dikhabarkan ia akan ditentukan selepas Hari Raya Aidilfitri oleh pihak pengurusan pasukan.

“Kita akan bermesyuarat selepas Hari Raya Aidilfitri dan memuktamadkan sama ada perlu atau tidak untuk memecat Zainal [Abidin],” tegas Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Shaiful Md. Saperi kepada portal Utusan Malaysia lagi.

Jadi, pada pendapat penyokong Melaka United, adakah salah terletak di bahu Alex Goncalves dan Stefan Nikolic dengan prestasi hambar Melaka United selepas 13 aksi?

Baca lagi artikel lain mengenai Melaka United:

Zainal Abidin Miliki Dua ‘Talian Hayat’ Jika Mahu Kekal Di Melaka United

Zainal Abidin Anggap 2 Gol ‘Mudah’ Rencatkan Segalanya Buat Melaka United

Melaka United: Contoh Budaya Biar Papa Asal Bergaya Dalam Liga Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN