Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menganggap pasukan Liverpool masih lagi pasukan yang cukup bahaya untuk ditentang.
Bakal bertemu sekali lagi dalam aksi pusingan keempat FA Cup di Old Trafford, Solskjaer menganggap yang Liverpool masih lagi mampu memberikan cabaran sengit walaupun mereka kini berada dalam prestasi yang kurang baik.
Untuk rekod, Liverpool sudah lima perlawanan tidak menjaringkan gol dengan kekalahan di tangan Burnley tempoh hari terus mencalar reputasi buruk juara bertahan Premier League itu.
Mana tidaknya, mereka kini sudah tumbang di laman sendiri selepas 68 perlawanan.
“Kami bermain menentang pasukan Liverpool yang hebat. Ianya bukan mudah.”
Pada hemat Solskjaer, isu Liverpool ketika ini bukanlah akibat ketiadaan pertahanan utama Virgil Van Dijk tetapi ia lebih daripada itu.
“Benar Van Dijk tidak ada, tetapi semua orang ada masalah kecederaan di sana dan sini. Tempoh hari di Anfield mereka gunakan lima pemain tengah serta seorang penjaga gol, itu dilihat mereka cukup mampu.”
“Kami akan letakkan skuad yang mantap, pastinya. Pasukan yang pastinya boleh menang perlawanan ini, fokus kami kini tertumpu kepada FA Cup,” kata Solskjaer menerusi ESPN.
Kajian MSL & MPL 2021. Klik pautan di bawah untuk sertai poll.
https://forms.gle/91rWtwigRyhTPijN6
Dengan apa yang dikatakan oleh Solskjaer ini, dijangka beliau bakal menurunkan barisan terbaiknya dalam misi untuk mara ke pusingan kelima.
Namun tidak dapat dipastikan mengenai Liverpool. Untuk rekod, Jurgen Klopp dilihat kurang senang untuk menurunkan barisan terbaiknya dalam FA Cup.
Akan tetapi, dengan status perlawanan yang dianggap ‘pecah panggung’ ini, pastinya Klopp tidak mahu meletakkan selemah-lemah barisan pemain menentang musuh tradisi.
Baca juga artikel kami mengenai Ole Gunnar Solskjaer:
Solskjaer: Kunjungan Ke Anfield Jadi Ujian Besar Buat Manchester United
Ole Gunnar Solskjaer: Saya Tak Kira Pun Berapa Penalti Liverpool Dapat