Ole Gunnar Solskjaer: Saya Tak Kira Pun Berapa Penalti Liverpool Dapat

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membalas kecaman rakan sejawatannya di Liverpool, Jurgen Klopp yang mempersoalkan jumlah sepakan penalti diterima The Red Devils sebaik sahaja pasukannya tunduk ditangan Southampton pada aksi awal pagi semalam.

Dalam sidang media selepas perlawanan di St Mary’s Stadium itu, Klopp seolah-olah menyindir pesaing terdekatnya itu lebih banyak mendapat sepakan penalti berbanding pasukannya sejak beberapa tahun lalu.

Ia berikutan beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak Liverpool terutamanya ketika percubaan Georginio Wijnaldum dalam kawasan penalti terkena tangan pemain Southampton dan kekasaran Kyle Walker-Peters terhadap Sadio Mane.

Manchester United mendapat 11 sepakan penalti di semua pertandingan musim ini dimana enam daripadanya diperolehi dalam saingan Liga Perdana Inggeris manakala Liverpool mendapat lima sepakan ketika aksi liga.

Sehubungan dengan itu, Solskjaer merasakan apa yang disuarakan oleh pengendali kelahiran Jerman itu adalah hanya untuk mempengaruhi pengadil.

”Saya tidak mengira berapa banyak sepakan penalti yang mereka [Liverpool] miliki, jadi sekiranya mereka ingin menghabiskan masa dengan risau tentang apabila kami dikasari dalam kawasan penalti, saya tidak akan membuang masa terhadap perkara tersebut.”

”Jadi, ia mungkin merupakan cara untuk mempengaruhi pengadil,” ujar Solskjaer menurut laporan Goal.

”Saya tidak tahu, tetapi saya tidak juga risau tentang perkara itu. Apabila mereka mengasari pemain anda, ia merupakan sepakan penalti. Ia hanya terjadi sekiranya berlaku dalam kawasan penalti.”

Manchester United yang terikat 33 mata bersama Liverpool berpeluang untuk merampas kedudukan tersebut meskipun kekurangan satu perlawanan apabila kedua-dua pasukan bakal bertembung sesama sendiri pada 18 Januari ini [awal pagi Isnin depan] di Anfield.

Kredit featured image: Alex Livesey/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ole Gunnar Solskjaer:

RASMI: Ole Gunnar Solskjaer Dilantik Manchester United Selaku Pengurus Tetap

Kerana Pelan Menarik Ole Gunnar Solskjaer, Aaron Wan-Bissaka Setuju Ke Man. United

Ole Gunnar Solskjaer: Hari Terburuk Saya Sebagai Pengurus Man Utd

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN