3 Pemain Sasaran Pochettino Untuk Tambah Kekuatan PSG

Mauricio Pochettino PSG

Sebaik sahaja Mauricio Pochettino dilantik sebagai pengurus baharu Paris Saint-Germain (PSG), beliau telah meletakkan beberapa keutamaan untuk memastikan ‘projek besar’ di kelab Perancis itu berjalan seperti yang dimahukan.

Jurulatih warga Argentina itu pernah beraksi di Paris selama dua setengah tahun dan tentunya beliau menyedari bahawa beliau tidak mempunyai banyak masa untuk ‘membina’ pasukan yang diletakkan sasaran menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tersebut.

Berikut adalah tiga pemain yang menjadi sasarannya.

Paulo Dybala

Tidak lama dahulu, Pochettino ketika di Tottenham hampir mendapatkan penyerang Argentina ini, namun rundingan tidak berhasil selepas gagal mencapai kata sepakat mengenai gaji yang diminta oleh pihak Dybala.

Selepas membuat pusingan-u, penyerang berusia 27 tahun itu terus kekal di Juventus dan menikmati musim yang cukup cemerlang di bawah kendalian Maurizio Sarri. Namun pengurus baharu Andrea Pirlo kini jelas lebih gemar menggandingkan Cristiano Ronaldo dengan Alvaro Morata.

Dengan timbulnya khabar angin mengatakan Kylian Mbappe akan meninggalkan Parc Des Princes untuk menyertai Real Madrid pada musim depan, Dybala mungkin pilihan yang terbaik untuk menjadi tonggak utama di PSG.

Jurulatih berusia 48 tahun itu sebelum itu telah pun ‘mengumpul’ beberapa pemain Argentina di Spurs dengan adanya Erik Lamela, Giovani Lo Celso, Juan Foyth dan Paulo Gazzaniga.

Hugo Lloris

Penjaga gol Perancis ini dibentuk oleh Pochettino sehingga menjadi seorang jeneral di atas padang dan kini merupakan kapten kelab dan skuad kebangsaan.

Selepas Thiago Silva meninggalkan PSG, kelab tersebut jelas tiada pemain yang mampu menjadi pemimpin yang hebat di atas padang dan pastinya Lloris adalah salah satu pilihan terbaik untuk Pochettino.

Kontak penjaga gol berusia 34 tahun itu di Spurs hanya berbaki setahun sahaja lagi dan pastinya beliau gembira untuk kembali bergabung dengan bekas pengurusnya itu.

Dele Alli

Pemain tengah England ini jelas bukan lagi pilihan utama untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Spurs terutamanya sejak ketibaan Jose Mourinho. Malah beliau telah beberapa kali dikritik secara terbuka oleh pengurusnya itu.

Alli pernah mencapai tahap terbaiknya ketika di bawah Pochettino dan pastinya beliau tahu cara terbaik untuk kembali menjadikan pemain muda itu sebagai ‘senjata’ berbahaya seperti mana satu ketika dahulu.

Malah pemain berusia 24 tahun itu sudah pun beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke PSG dan mungkin ini adalah masa terbaik untuk beliau menamatkan mimpi buruknya di Spurs.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Pochettino dan PSG:

Marcelo Bielsa: Mauricio Pochettino Akan Kemudi Salah Satu Pasukan Terbaik Di Dunia

Nasser Al-Khelaifi Yakin Neymar, Mbappe Mahu Kekal Di PSG

“Apa Guna Duit Banyak Tapi Tak Menang UCL?” – Villas-Boas ‘Tembak’ PSG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN