Kim Min-jae: Kenali ‘Van Dijk Korea Selatan’ Yang Jadi Rebutan Kelab EPL

Kim Min-jae mungkin adalah nama asing bagi kebanyakkan peminat bola sepak Inggeris – walaupun sudah mencipta nama di peringkat Asia.

Jika laporan media Korea Selatan adalah benar, maka salah seorang bakat bola sepak terbesar dari Asia bakal beraksi di Liga Perdana Inggeris seawal Januari ini, atau selewatnya selepas jendela perpindahan musim panas akan datang.

Kim Min-jae, adalah pemain pertahanan tengah yang digelar ‘The Monster’ sedang mencipta nama dalam saingan peringkat kelab dan bersama skuad kebangsaan.

Selepas berhijrah dari Jeonbuk Hyundai Motors ke Beijing Guoan pada 2019, peningkatan prestasi Kim ketara sekali sehingga berjaya mencuri tumpuan kelab Liga Perdana Inggeris seperti Chelsea dan Tottenham Hotspur.

Tetapi siapakah Kim Min-jae yang amat dicanang oleh media Korea Selatan untuk mengikut jejak pemain seperti Park Ji-sung dan Son Heung-min bakal beraksi di Liga Perdana Inggeris ini?

Berdarah atlet

Kim Min-jae mempunyai latar belakang yang menarik. Kim dilahirkan pada 15 November 1996 di Gyeongnam, Korea Selatan.

Kedua-dua ibu bapanya adalah atlet, maka tidak hairanlah bagaimana Kim mempunyai bakat besar di dalam bidang sukan.

Sebagai pemain pertahanan tengah, Kim menampilkan tahap kecergasan tinggi dan lasak serta stamina fizikal yang dominan.

Untuk kelab dan negaranya, Kim bertanggungjawab mengetuai barisan pertahanan untuk menahan asakan  lawan, sebelum mendominasi lawan dengan tekanan di garis tinggi.

Dengan kata lain, Kim bertanggungjawab untuk membentuk dan mengekalkan tempo permainan pasukan dari barisan belakang. Ia adalah kebolehan luar biasa dari Kim mengambil usianya yang baru mencecah 24 tahun.

Gelaran ‘The Monster’

Mampunyai ketinggian 6 kaki dan 4 inci atau bersamaan 193cm, fizikal Kim digelar ‘The Monster’ setiap kali berada di dalam kawasan penalti pasukan dan lawan.

Kelebihan fizikal dengan susuk tubuh yang sasa, beliau memberi kelebihan untuk bahagian serangan dan juga ketika bertahan. Dalam situasi-situasi tertentu kehadiran beliau turut menyebabkan pemain lawan melakukan kesilapan.

Ketinggian yang dimiliki oleh pemain Korea Selatan ini turut digeruni kerana kemampuan beliau bersaing memenangi bola tinggi.

Walaupun kemampuan Kim belum dilihat telah mencapai potensi sebenar, Kim sudah menampilkan kemampuan beliau dengan tandukan kencang untuk menajdi aset mana-mana pasukan dalam gerakan set-pieces.

Disebabkan fizikal dan permainan agresif yang dimiliki oleh Kim, menyebabkan penyerang pasukan lawan memilih untuk menyerang gandingan beliau ketika dalam permainan.

‘Monster’ dengan kepantasan

Kebiasaannya seorang pemain pertahanan tengah memang tidak memiliki kepantasan dalam permainan mereka sehingga dikerah dan dibentuk sebelum memiliki kualiti di dalam aspek in.

Hanya sejak beberapa musim yang lalu, posisi bek tengah telah berevolusi dan membuatkan seorang bek tengah pada har ini mempunyai ciri-ciri berbeza – jauh melangkaui peranan hakiki iaitu untuk bertahan.

Sebelum ini seorang bek tenah hanya memerlukan kekuatan, ketahanan, dan kemampuan untuk membaca gerakan bola dan perlawanan.

Hari ini, pemain seperti Virgil van Dijk atau pun Rapahel Varane telah memperbaharui peranan pemain pertahanan tengah.

Selain dari semua aspek asas, seorang pemain pertahanan tengah juga kini harus memiliki kepantasan, selain kebijaksanaan dan visi untuk memulakan gerakan serangan dengan kualiti hantaran yang baik untuk membantu pasukan melakukan serangan.

Jika benar Chelsea dan Tottenham mahu mendapatkan pemain ini, maka penyokong di dua buah kelab London itu harus teruja kerana seorang lagi pemain pertahanan tengah berkelas dunia dengan ciri-ciri seperti Van Dijk bakal menyertai salah sebuah dari pasukan tersebut.

Kim amat pantas dalam situasi perebutan bola dengan pemain penyerang. Ketinggian dan fizikalnya pula membenarkan beliau melindungi penguasaan bola dengan mudah, sambil menungu bantuan atau untuk memulakan serangan dari bawah.

Kebolehan Kim pasti menarik untuk disaksikan terutama ketika berhadapan pemain penyerang lawan yang pantas di Premier League dan bola sepak eropah.

Miliki composure/ketenangan masterclass

Salah satu aksi Kim bersama Beijing Guoan menjadi tular pada musim lalu, menampilkan kualiti beliau menunjukkan ketenangan berkelas dunia di dalam permainannya.

Ketika pasukannya sedang mendahului dengan kelebihan tipis, bahagian pertahanan diketuai oleh Kim sedang ditekan oleh penyerang lawan untuk memaksa kesilapan.

Selepas bola dihantar dalam kawasan yang ketat dan sempit, Kim mendapati beliau dalam situasi bahaya kehilangan bola dengan penyerang lawan berlari mengejar bola pada kelajuan penuh.

Apa berlaku selepas itu menarik sekali. Pantas menilai pilihan yang ada, dan dengan pantas meredakan keadaan.

Situasi sebegini bukan sekali dua dilakukan oleh Kim. Lihat kompilasi video di bawah akan aksi-aksi bertahan oleh Kim.

Liga Perdana Inggeris

Lazio dan Watford adalah antara dua kelab di Eropah pernah dikaitkan dengan Kim. Namun kini Chelsea dan Tottenham Hotspur menjadi pilihan hampir pasti bukan pemain pertahanan skuad antarabangsa Korea Selatan itu.

Sejauh mana kedua-dua kelab London itu meyakinkan Beijing Guoan untuk menjual aset mereka itu juga menjadi satu lagi perkara yang akan mempengaruhi perpindahan ini.

Jadi mana satukah pilihan Kim Min-jae sekiranya ke Liga Perdana Inggeris? Kedua-dua kelab sememangnya memerlukan pemain di posisi tersebut.

Chelsea atau Spurs? Lampard atau Mourinho? Buat masa ini Spurs dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana adanya Son Heung-min – rakan senegara – untuk memudahkan Kim menyesuaikan kehidupan di England sekiranya perpindahan tersebut benar-benar terjadi.

Apa-apa pun sudah pasti menarik untuk kita melihat seorang lagi pemain dari Asia beraksi bersama kelab utama di eropah.

 

 

Baca artikel menarik kami yang lain di pautan:

Siapakah 5 Pengurus Termuda Di Premier League Musim 2020/21?

11 Pemain Muda Berbakat Real Madrid Yang Hancur Di Tangan Zidane

Kenali 6 Bintang Dunia Yang Tidak Pernah Terima Kad Merah Sepanjang Karier

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN