Raphael Varane Mahu Cari Cabaran Baharu Di Tempat Lain

Raphael Varane

Pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane kini memilih untuk tidak lagi bersama dengan kelab itu setelah berjaya mencapai segala yang beliau mampu di sana.

Menurut laporan di Sepanyol, pemain pertahanan yang kini berada di tempoh puncak sebagai pemain kini mahu mencari cabaran baharu di tempat lain.

Varane dilaporkan mahu meninggalkan Madrid pada penghujung musim ini walaupun beliau sebenarnya mempunyai kontrak sehingga musim panas 2022.

Beberapa sebab dilaporkan menjadi punca mengapa Varane memilih untuk meninggalkan pasukan tersebut selepas 10 tahun bersama.

Pertama adalah cabaran baharu, dengan sudah memperoleh pelbagai kejayaan di Sepanyol sudah tiba masanya Varane untuk beraksi di liga lain.

Ditambah pula dengan umurnya masih lagi berada di tahap puncak seorang pemain bola sepak, adalah ideal untuknya berpindah sekarang berbanding tunggu sehingga usia 30-an baru hendak berbuat demikian.


Kajian MSL & MPL 2021. Klik pautan di bawah untuk sertai poll.
https://forms.gle/91rWtwigRyhTPijN6


Selain itu, keputusannya untuk meninggalkan Madrid pada akhir musim ini dijangka mampu untuk memberikan ruang untuk kelab itu mendapatkan sedikit wang hasil penjualan pemain.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu kelab itu memenuhkan kantung mereka dalam usaha membawa bintang ternama seperti Kylian Mbappe dan Erling Haaland.

Namun bahaya menanti Madrid apabila mereka bersetuju untuk melepaskan Varane, kerana Sergio Ramos juga dilihat belum lagi memberikan sebarang jawapan sama ada untuk terus kekal bersama Los Blancos atau tidak.

Jika Varane akhirnya tinggalkan Madrid, ke mana beliau akan pergi?

Baca juga artikel kami mengenai Raphael Varane:

Ini Syarat Yang Harus Dipenuhi Liverpool Untuk Dapatkan Khidmat Raphael Varane

UCL: Manchester City Manfaat Kesilapan Varane, Tumbang Real Madrid

Tandukan Varane & Kesilapan Muslera Hadiahkan Tempat Di Separuh Akhir Untuk Perancis

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN