Pemain remaja sensasi Manchester United, Mason Greenwood boleh dikatakan mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penyerang sekalipun usianya baru mencecah 18 tahun.
Berdasarkan prestasi semasa beliau, tenyata pemain tersebut mempunyai kualiti untuk mencapai kegemilangan dalam kariernya dan ada pihak sudah menyuarakan pendapat Greenwood berhak untuk dipanggil menyertai skuad senior England.
Bagaimanapun pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mempunyai pandangan yang berbeza. Beliau menegaskan bahawa pemain muda itu perlu diberi lebih banyak masa untuk menyinar dan fokus untuk meningkatkan kemahiran diri sebelum bermain di peringkat yang lebih tinggi.
💬 "Let the boy settle in now first before we talk about England and the Euros"
Manchester United boss Ole Gunnar Solskjaer has played down the prospect of an England call up for youngster Mason Greenwood.
Do you think he's ready for the call? 🤔#MUFC pic.twitter.com/utSTrVqEEE
— BBC Sport Manchester (@BBCRMsport) January 14, 2020
Greenwood telah menjaringkan sembilan gol untuk United dalam semua pertandingan pada musim ini dan beliau juga merupakan penjaring terbanyak kelab dalam saingan Liga Europa dengan empat gol.
Persembahannya yang memukau telah membuka mata banyak pihak yang mengandaikan pemain muda itu akan wajar diberi peluang untuk beraksi bersama skuad utama England dalam kejohanan Euro 2020 pada Jun tahun ini.
“Saya jangkakan Mason akan memiliki karier yang panjang dan hebat. Tetapi biarkan dia belajar lebih banyak dahulu sebelum kita bercakap mengenai England dan Euro.
“Tumpuannya ketika ini adalah untuk bermain lebih banyak untuk pasukan ini dan terus tingkatkan prestasi. Bila dia bermain lebih banyak untuk kelab ia [sertai England] akan terjadi dengan sendirinya. Dia baru sahaja dipanggil untuk bermain bersama skuad B-21, jadi dia perlu fokus satu persatu.”
🔄 360 ✔️
😎 Nutmeg ✔️
🧙♂️ Skill of the Day ✔️Mason Greenwood 👏👏👏#UEL | @UKEnterprise pic.twitter.com/a19USQ90zS
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) November 7, 2019
Sekalipun United kehilangan dua penyerang, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez selepas kedua-duanya menyertai Inter Milan, Greenwood, Marcus Rashford dan Anthony Martial telah menunjukkan prestasi memberangsangkan. Namun Solskjaer enggan menerima sebarang kredit mengenai tiga pemain itu.
Rashford baru sahaja membuat penampilan ke-200 bersama United pada hujung minggu lepas. Beliau telah menjaringkan 22 gol untuk kelab dan negara pada musim ini sementara Martial pula telah menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan.
“Saya tidak mahu kredit, mereka telah bekerja keras untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran pada setiap perlawanan dan semuanya berjalan dengan baik. Mason dalam musim pertamanya, jadi dengan rekod sembilan gol dari 20 penampilan adalah amat menakjubkan.
Solskjaer Berdepan Cabaran Untuk Pastikan Trio Penyerang Muda United Kekal Cergas – https://t.co/9TspzriTLh pic.twitter.com/S3t63Kifg1
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 28, 2019
“Marcus juga semakin berkembang dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Anthony sekalipun diketepikan selama lapan minggu kerana cedera tetap mempunyai rekod yang baik. Saya senang hati dengan mereka semua. Tetapi apa yang penting adalah konsistensi dan kami mahu lihat lebih banyak lagi dari mereka.
Solskjaer telah mengesahkan Ashley Young tidak akan bermain dalam masa terdekat kerana cedera dan berharap Eric Bailey yang sudah diketepikan sejak Julai kerana kecederaan lutut akan sempat cergas untuk perlawanan menentang Liverpool pada Ahad nanti.