Piala FA 2019/20: Spurs Singkirkan Middlesbrough Untuk Pemburuan Piala Pertama Selepas 2008

Tottenham Hotspur mara ke pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan Middilesbrough di perlawanan ulangan.

Dalam aksi perlawanan pertama kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Jose Mourinho melakukan 5 pertukaran pada kesebelasan utama pasukan beliau pada perlawanan ini. Bintang yang dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan, Christian Eriksen juga bermain.

Spurs menjaringkan 2 gol dalam masa 15 minit pertama di dalam perlawanan kali ini.

Giovani Lo Celso, membuka tirai jaringan pada minit kedua perlawanan. Pemain yang dipinjamkan dari Real Betis ini akhirnya menjaringkan gol pertama beliau untuk Spurs dalam kempen domestik.

Ianya beberapa hari selepas beliau gagal menyempurnakan peluang gol yang ternganga berhadapan dengan Liverpool. Ini juga merupakan jaringan pertama beliau sejak November 2019, dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah berhadapan dengan Red Star Belgrade.

Lo Celso memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan yang cuba menghantar bola kepada rakan untuk binaan dari belakang.

Gol kedua Spurs pula hadir menerusi Erik Lamela pada minit ke-15 perlawanan. Beliau mempamerkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan.

Lamela turut mendapat pujian daripada Jose Mourinho.

https://twitter.com/coys100/status/1217232426788970508

Spurs kemudian menjadi pasukan yang sangat dominan dalam perlawanan ini, seperti mana perlawanan pertama.

Tottenham Hotspur menguasai 69% daripada perlawanan ini.

Skuad bimbingan Jose Mourinho menamatkan separuh masa kedua dengan agak mencemaskan. Ini apabila mereka bolos pada minit ke-83, hasil jaringan George Saville.

Spurs berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 untuk mara ke pusingan keempat.

Spurs memburu piala pertama sejak 2008. Pada ketika itu, pengurus semasa pasukan Middlesbrough, Jonathan Woodgate memberikan gol kemenangan kepada mereka dalam aksi Piala Liga, menang ke atas Chelsea di final.

Mampukah Spurs mengakhiri kemarau piala major sejak 2008 itu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN