Ole Gunnar Solskjaer kini masih belum tewas bersama Man. United. Lantas ramai peminat Man. United mahukan beliau menjadi pengurus secara tetap.
Solskjaer kini sudah memenangi 9 daripada 10 perlawanan. Man. United menang ke atas Leicester dalam kemenangan yang agak sukar.
Gol cantik Marcus Rashford pada separuh masa pertama membolehkan Red Devils berada di tangga ke-5, memintas Arsenal – yang tewas di tangan Man. City. Kini Man. United semakin menghampiri 4 teratas.
1⃣0⃣0⃣ @PremierLeague appearances.
2⃣1⃣ years old.
✨ @MarcusRashford ✨ pic.twitter.com/sSu6uTnbR2
— Manchester United (@ManUtd) February 3, 2019
Sebelum berlepas ke Perancis untuk menyaksikan PSG, Solskjaer sempat memberikan beberapa kenyataan kepada wartawan. Beliau berkata: “Saya seronok bekerja dengan para pemain. Mereka kumpulan manusia yang mahu memperbaiki diri dan menjadi lebih baik.”
Solskjaer mengakui aksi Man. United tidak cukup bagus. Namun mereka gembira dengan keputusan. Beliau menambah: “Saya tak rasa kami boleh terlalu gembira dengan aksi kami, itu bagus, kerana kami tahu kami perlu melakukan banyak lagi kerja.”
🔴 Ole Gunnar Solskjaer announced as manager:
5⃣ @Arsenal (34 Points)
6⃣ @ManUtd (26 Points)🏟 After 8 league matches in charge:
5⃣ @ManUtd (48 Points)
6️⃣ @Arsenal (47 Points)👏 What a turnaround. pic.twitter.com/qGg5BsYv11
— SPORF (@Sporf) February 3, 2019
“Rasanya kita akan melihat kemajuan itu dalam beberapa minggu kerana ianya akan menjadi bulan Februari yang sukar dan menyeronokkan.”
“Sikap kami hari ini terbaik. Ianya harus seperti ini, apabila ada 3 mata untuk dimenangi, para pemain melakukan apa yang mereka mampu untuk mendapatkannya. Sekarang ini mereka ada peluang mendaki liga, ini sangat penting dan memberikan tekanan kepada pasukan 4 teratas.”
Manchester United berkeringat untuk mempertahankan 3 mata mereka selepas gol Rashford. David De Gea antara yang cemerlang di gawang gol.