Hatrik Aguero Bantu Man. City Tewaskan Arsenal

Sergio Aguero menjaringkan hatrik dalam kemenangan 3-1 Man. City ke atas Arsenal. Keputusan ini juga membolehkan Man. City terus menekan Liverpool dalam persaingan kejuaraan liga.

Aguero menjaringkan gol dalam masa kurang seminit untuk kali ke-2 dalam seminggu.

Arsenal menyamakan kedudukan menerusi tandukan Laurent Koscielny pada minit ke-10. Arsenal memberikan tekanan kepada Man. City sepanjang separuh masa pertama. Namun sebelum rehat, Aguero menambah 1 lagi gol hasil umpanan Raheem Sterling – yang menerima hantaran cantik Gundongan.

Sterling sekali lagi mencipta gol untuk Aguero – membolehkan pemain itu menjaringkan hatrik ke-10 beliau dalam EPL. Ianya agak kontroversi. Selepas tamat perlawanan Aguero sendiri terpaksa mengakui ianya terkena tangan.

Namun begitu, dengan pantas Fernandinho berkata: “Tidak kisahlah, ianya tetap gol.”

Masalah Arsenal musim lalu kini menghantui mereka. Arsenal kini sudah 6 perlawanan di tempat lawan tanpa sebarang kemenangan. Sekaligus membuatkan mereka jatuh ke tangga ke-6.

Pep Guardiola gembira dengan kemenangan ini. Beliau berkata apa yang penting adalah anak-anak buah beliau tahu cara untuk menang selepas tewas mengejut di tangan Newcastle sebelum ini.

Unai Emery akur dengan kehebatan Man. City, namun pada masa yang sama memberikan kredit kepada para pemain beliau – terutamanya Guendouzi dan Lucas Torreira.

Arsenal akan berhadapan dengan Huddersfield selepas ini. Manakala Man. City akan bertandang ke Goodison Park berhadapan dengan Everton.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN