Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

Analisis Taktikal: Unai Emery Kurang Pelan Taktikal Berhadapan Guardiola

Manchester City bangkit daripada kekalahan di tangan Newcastle dengan menewaskan Arsenal 3-1 di Etihad.

Formasi

Arsenal muncul dengan sistem no.9 kembar. Mereka bermain dengan sistem 4-4-2 berlian dan juga membentuk 3-4-3. Manchester City menggunakan sistem 4-3-3 seperti biasa dan juga sistem 3-4-3.

Fasa terbaik Arsenal

Separuh masa pertama adalah fasa terbaik Arsenal. Namun sayangnya mereka sekali lagi dihampakan oleh aspek kerapuhan pertahanan. Gol pertama City adalah kerana kesilapan tidak sepatutnya oleh Iwobi. Laporte asalnya memang pemain bek tengah. Jadi, beliau ada kemampuan untuk memenangi bola dalam keadaan tersebut.

Dan gol kedua adalah kerana mereka hilang fokus dan dihukum oleh gerakan tanpa bola Man. City.

Arsenal bolos 18 kali berhadapan dengan ‘Big Six’ musim ini. Secara keseluruhannya mereka bocor sebanyak 36 kali. 5 biji bolos lebih daripada Leicester, dan sama angka dengan Brighton.

Pertahanan Arsenal bergelut dengan intensiti pasukan seperti City.

Berbalik kepada fasa terbaik Arsenal – Lebih tepat lagi, selepas gol pembukaan oleh Aguero, Arsenal memberikan respon sangat baik. Mereka mengurangkan penguasaan bola Man. City pada separuh masa pertama.

Namun masalah utama Arsenal adalah kreativiti di kawasan serangan. Mereka ada 2 penyerang yang tajam, namun kurang sokongan dari segi kreativiti di bahagian serangan.

Pada fasa mereka bermain sangat baik, mereka gagal menterjemahkannya kepada gol. Dan sebelum rehat, Man. City pula yang mendapat gol pendahuluan untuk kali kedua.

Pertarungan di tengah

Pada separuh masa pertama, ianya lebih kepada milik Arsenal. Guendouzi adalah pemain terbaik Arsenal dalam perlawanan ini. Mereka berjaya bermain baik dalam sistem berlian.

Namun pada separuh masa kedua, Manchester City berjaya menguasai tengah dan sekaligus kembali lebih dominan. Perubahan penguasaan di tengah ini mempengaruhi perlawanan.

Peranan Fernandinho

Pada separuh masa kedua, Pep Guardiola mempelbagaikan lagi fungsi Fernandinho. Fernandinho menjelaskan kepada wartawan, beliau diarahkan untuk segera menyokong serangan seperti Gundongan. Dan fasa bertahan, akan segera menyertai bek berempat. City bertahan dengan 4-4-2 dan cuba menyerang dengan 3-3-4.

Fernandinho juga diarahkan untuk bermain sebagai bek tengah untuk menolak 2 bek sisi mereka ke atas menjadi pemain sayap.

Fernandinho bermain sangat baik dalam peranan yang pelbagai seperti ini. Seterusnya, Arsenal juga gagal untuk lebih mengancam pada separuh masa kedua.

Ini yang turut mempengaruhi perubahan intensiti dan cengkaman Man. City di tengah. Hal ini kerana mereka ada unit pemain lebih ramai di tengah. Ianya memberikan perbezaan terbesar.

Seterusnya Man. City masih mampu menaikkan intensiti serta mampu melaksanakan plan B atau C dengan berkesa. Manakala Arsenal gagal untuk melakukannya.

Pep Guardiola sendiri mengakui mereka perlu bermain dengan lebih intensif pada separuh masa kedua.

Manchester City serang halfspace

Jika Arsenal cuba memecahkan saluran tengah, City pula menekankan aspek serangan di halfspace. Sterling dan Bernardo Silva menjadi pemain penting. 2 pemain ini banyak mencipta peluang dengan cut back di halfspace.

Ini adalah peta haba melibatkan Sterling dan Bernardo Silva yang sangat dominan di sayap dan halfspace. Mereka memberikan masalah kepada Kolasinac dan juga Litchsteiner.

3 gol Man. City adalah daripada peluang yang dicipta dengan ‘cut back’ dari halfspace.

Rumusan

Secara asasnya, Arsenal ada peluang untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini, namun mereka tidak ada ketajaman di kawasan serangan. Mereka kurang kreativiti di belakang 2 penyerang prolifik.

Man. City menang kerana lebih tajam di final third walaupun pada fasa mereka ditekan Arsenal. Unai Emery jelas sekali tidak dapat menyaingi taktikal Pep Guardiola di separuh masa kedua.

Guardiola berjaya menyediakan pelan taktikal untuk mengatasi Arsenal – ketika mereka memberikan masalah kepada City. Namun Unai Emery gagal menyediakan pelan taktikal lebih berkesan selepas ‘tweaks’ oleh Guardiola pada separuh masa kedua.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA