Solksjaer Sindir Mourinho

Ole Gunnar Solskjaer menyindir Jose Mourinho dalam kenyataan terbarunya. Solksjaer mendakwa beliau mempunyai banyak perkara untuk dibetulkan di Manchester United sejak mengambil alih jawatan pengurus dari jurulatih Portugal itu.

Skuad kendalian Solksjaer dijadualkan berkunjung ke Tottenham Hotspur pada malam ini sebelum perlawanan tersebut ditunda oleh pihak Premier League akibat penularan wabak Covid-19.

Pengendali dari Norway itu berkata beliau tiba di Old Trafford dengan keadaan kelab itu huru hara selepas mengambil alih dari pengurus Portugal itu pada 2018.

“Saya merasakan banyak perubahan perlu dilakukan [ketika baru dilantik sebagai interim],” kata Solksjaer.

“Sekarang saya percaya kita [Man Utd] memiliki hala tuju. Saya percaya Man United berada di landasan yang sepatutnya kami berada.

“Terdapat banyak kaedah dan budaya kerja di kelab berlainan, tetapi saya percaya dengan cara kerja yang kami amalkan di Man United sekarang.

“Sebelum ini saya tidak percaya bagaimana perkara dikendalikan di sini, tetapi sekarang saya mulai percaya dengan cara semua pihak di sini bekerja.”

United kini tidak tewas dalam 11 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan dengan yang terbaru menewaskan LASK 5=0 di pertandingan UEFA Liga Europa.

Prestasi terkini United menghilangkan sedikit tekanan terhadap Solksjaer selepas prestasi tidak menentu pasukan itu sejak awal musim.

Malah juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu kini berada di dalam pemburuan untuk ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

“Saya berpendapat saya adalah pilihan tepat [sebagai pengurus Man United] tetapi saya tidak akan duduk di sini untuk bercakap mengenai hal ini,” tambah Solksjaer.

“Buktikanya akan dilihat pada hasil akhir nanti.”

Spurs kini tanpa sebarang kemenangan dalam semua enam perlawanan di semua pertandingan dan Mourinho turut bergelut dengan kecederaan yang melanda skuad utamanya – termasuk Harry Kane dan Son Heung-Min.

Solksjaer sendiri terpaksa menharungi musim ini dengan krisis kecederaan. Sehingga kini, Paul Pogba dan Marcus Rashford adalah antara pemain yang belum pulih.

“Saya tidak bercakap mengenai dua pemain ini, bukan?” tanya Solksjaer kepada wartawan yang ternanti-nanti.

“Saya hanya mahu fokus kepada [pemain] yang cergas, dan yang saya boleh turunkan beraksi.

“Pemain yang abru masuk kini berpeluang untuk merebut tempat di dalam pasukan. Ia adalah sebahagian daripada permainan apabila anda mengalami kecederaan.

“Kita beraksi dengan baik walaupun tanpa beberapa pemain utama sepanjang musim ini.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Solksjaer:

Leave a Reply