Nidzam Jamil: Muhaimin Mohamad Antara Yang ‘Kerap’ Berjaya Kekang JDT

Nidzam Jamil Felda United 2020

Pengendali FELDA United, Nidzam Jamil jelas gembira dengan satu mata yang dibawa pulang daripada Stadium Sultan Ibrahim selepas berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 dalam aksi minggu ke-4 CIMB Liga Super 2020, malam tadi.

Bukanlah tugas mudah untuk The Fighters berkelana ke Iskandar Puteri apabila dua perlawanan di sana sebelum ini jelas tidak memihak kepada pelawat, namun prestasi baik pemain FELDA United berjaya menghadiahkan mata berharga buat mereka.

Mereka kini menjadi pasukan pertama yang berjaya membawa pulang mata daripada Stadium Sultan Ibrahim selepas Kedah dan UiTM FC gagal dalam dua aksi pertama Liga Super – kedua-duanya tumbang dalam aksi pertama dan kedua liga.

Nidzam Jamil turut berkata yang mungkin secara kebetulan, penjaga golnya pada malam ini, Muhaimin Mohamad adalah antara penjaga gol yang sentiasa berjaya mengekang JDT dalam beberapa musim terkini ketika bersama PJ City FC.

Selepas dua musim bersama PJ City, Muhaimin Mohamad adalah antara pemain baharu yang telah menyertai FELDA United untuk saingan liga musim ini.

“Kebetulan, dia juga antara penjaga gol yang pernah menang dengan JDT ketika bersama PJ City. Dan kita juga ada membuat kerja rumah dengan penalti dan sepakan penjuru, jadi saya rasa dia baca betul. Dia telah melakukannya dengan baik.

“Saya rasa selain persediaan, sikap dia dalam tiga perlawanan setakat ini sangat-sangat bagus, jadi saya harap dia dapat kekalkan prestasinya,” jelas Nidzam Jamil.

Begitupun, Nidzam Jamil menjelaskan yang walaupun beliau gembira dengan prestasi pemainnya malam ini, namun masih ada beberapa perkara yang perlu dilihat semula kerana Harimau Selatan masih mampu memegang keseluruhan perlawanan.

“Saya rasa, semua pasukan yang keluar dengan mata bertemu JDT harus berasa gembira. Saya gembira dengan pemain-pemain saya tetapi saya rasa kita perlu betulkan beberapa perkara,” ulasnya mengenai permainan FELDA United.

“Kita terlampau bertahan. Pada masa yang sama, kita perlu juga menyerang. Dalam babak kedua, kita telah menggunakan ruang yang ada di belakang pertahanan JDT.

“Apa yang saya mahu katakan, kita perlu bertahan dengan sangat-sangat baik apabila berdepan JDT. Mereka miliki kualiti. Kita tidak boleh terlampau gembira dengan keputusan seri ini kerana 70 peratus, JDT pegang perlawanan malam ini,” tegasnya.

KREDIT FEATURED IMAGE: FELDA UNITED FC

Baca juga artikel kami yang lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN