Van Gaal : Taktikal Solskjaer Sama Sahaja Macam Mourinho, Parkir Bas

Manchester United (MU) dilaporkan semakin hampir untuk melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sepenuh masa kelab itu, menurut laporan media di England.

Sekali pun pengurusan Red Devils masih mengunci mulut, difahamkan kelab itu akan mengesahkan jawatan pengendali berusia 47 tahun itu pada minggu ini.

Sejak mengambil alih tugas secara sementara menggantikan Jose Mourinho pada Disember tahun lepas, Solskjaer sudah mengemudi United meraih 14 kemenangan daripada 19 perlawanan.

Namun bekas pengendali United pada musim 2014 hingga 2016 iaitu Louis Van Gaal tidak begitu kagum dengan taktikal yang diamalkan oleh Solskjaer dan menyifatkan ia sama dengan apa yang dilakukan oleh Jose Mourinho iaitu ‘parkir bas’.

“Jurulatih yang menggantikan saya (Mourinho) telah menukarkan taktik kepada parkir bas dan kemudian membuat serangan balas.

“Sekarang masih ada lagi jurulatih lain yang mengamalkan taktik yang sama cuma beza di antara Mourinho dan Solskjaer ialah Solskjaer lebih menang.

“Saya tidak berada di sana tetapi mengakui terdapat beberapa perubahan ketara dan atmosfera yang lebih baik. Benar, Solskjaer telah melakukan tindakan yang bijak dengan mengubah posisi Paul Pogba dan meletakkannya di tempat yang betul.

“Tetapi cara permainan Manchester United sekarang bukan seperti cara Alex Ferguson. Ianya lebih kepada bertahan dan melakukan serangan balas.

“Lihatlah Solskjaer telah tewas sebanyak dua kali dan dia kena menghadapinya. Sangat penting United layak ke Liga Juara-Juara Eropah tetapi mereka juga boleh menjuarai kejohanan itu kerana bermain sistem bertahan dan ianya sangat sukar untuk menewaskan mereka.

“Sama ada anda suka atau tidak, ianya adalah hasil kerja Jose Mourinho,” katanya dalam BBC Sports.

Awal bulan lalu, Van Gaal mengumumkan persaraan beliau daripada sukan bola sepak. Beliau telah menjuarai Piala FA ketika bersama United selama dua musim setelah tiba di Old Trafford pada tahun 2014.

Antara kejayaan lain yang paling diingati ketika Van Gaal bergelar pengurus ialah kejuaraan UEFA Champions Legue pada 1995 bersama Ajax. Beliau turut memenangi dua kejuaraan La Liga bersama Barcelona selepas itu.

Van Gaal turut berharap kelab seperti Manchester United dapat mengetengahkan beberapa ‘ubi’ berkualiti di peringkat tertinggi dan memberi mereka peluang beraksi dengan lebih kerap.

“Manchester United mempunyai lebih 30 pemain muda. Saya bawa mereka dan kurangkan kepada 23 orang. Kemudian saya mengadakan pemilihan terbuka untuk pasukan akademi. Saya buat di setiap kelab. Sebab itu banyak pemain muda telah melakukan penampilan pertama di saingan kompetitif sepanjang saya menjadi pengurus.

“Seperti Mourinho, banyak jurulatih tidak pernah memberi peluang kepada pemain muda. Ya, dia bagi 5 minit, Solskjaer pula bagi 10 minit. Itu bukan peluang bermain. Peluang sebenar ialah perlawanan kompetitif.

“Jika anda tidak percaya dengan kemampuan pemain muda, anda tidak sesuai untuk menjadi pengurus kelab yang mempunyai sistem pembangunan akar umbi,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN