Chris Smalling menepis kononnya para pemain Man. United tidak gembira diundi berhadapan dengan gergasi Sepanyol – Barcelona.
Sebaliknya, beliau menyatakan para pemain Man. United bersorak kegirangan sebaik sahaja kertas undian mengesahkan aksi antara 2 pasukan tersebut pada peringkat suku akhir.
Smalling menegaskan, mereka gemar dengan undian berhadapan dengan pasukan besar. Sebelum ini mereka sudah menutup mulut pengkritik ketika menyingkirkan PSG.
Smalling berkata: “Ini adalah jenis perlawanan yang kami [pemain United] mahukan. Semua undian kami musim ini dalam kompetisi piala adalah sukar. Ini termasuk Piala FA dan UCL, namun kami tetap berjaya menghadapi perlawanan besar tersebyt,” luahnya kepada majalah rasmi kelab.
“Selepas menewaskan PSG, kami tahu pasukan ini mampu berhadapan dengan pasukan besar dan mendapatkan keputusan positif.”
“Kami sudah tidak sabar untuk beraksi, jadi bawanya ke sini.”
In an interview with #InsideUnited, @ChrisSmalling reveals how the #MUFC camp reacted when we drew Barcelona… #UCL
— Manchester United (@ManUtd) April 9, 2019
“Ketika undian kami sedang memanaskan badan di gym di atas basikal. Biasanya kami akan mengayuh basikal selama 10 minit dan melakukan beberapa aktiviti gym.”
“Namun hari itu kami berbasikal lebih 20 minit kerana menyaksikan undian itu di televisyen. Kami semua teruja. Sebaik sahaja undian kami dan Barcelona keluar, kami semua gembira.”
“Kami semua bersorak kegirangan. Selepas itu kami ke pusat latihan, sekurang-kurangnya kami sudah tahu siapa lawan kami selepas ini.”
“Ketika undian dibuat, kami semua memang mahukan perlawanan seperti ini. Ketika itu saya baru kembali selepas kecederaan. Sangat lega kerana dapat menguji kemampuan anda, beradu dengan yang terbaik. PSG pun salah satu pasukan terbaik di dunia.”
Selain itu Smalling juga menegaskan beliau sudah bersedia berhadapan dengan Lionel Messi dan mencabar pemain itu untuk datang mempamerkan aksi beliau dalam pertemuan ini.
Chris Smalling tells Lionel Messi to 'bring it on' #MUFC https://t.co/XRwiR75itB
— Telegraph Football (@TeleFootball) April 9, 2019
“Berhadapan Messi? Ianya sesuatu yang mengujakan. Musim ini saya bertuah kerana sudah berhadapan Ronaldo, Mbappe. Mereka semua cabaran yang saya sangat seronok untuk hadapi. Saya kata: bawa datang ke sini.”