Skuad Kebangsaan B-17 Indonesia Sah ‘Bubar’ Lepas Dibenam Pasukan Negara

Skuad kebangsaan Indonesia bawah 17 (B-17) sah dibubarkan semalam setelah mereka gagal untuk melayakkan diri ke Piala Asia yang akan berlangsung tahun hadapan.

Walaupun dianggap sebagai pasukan pilihan pada awalnya dalam Kumpulan B, nyata mereka gagal untuk membuktikannya, setelah mudah dibenam Malaysia dengan keputusan 1-5 semalam di Stadium Pakansari.

Kekalahan tersebut menjadikan Indonesia sekadar muncul naib juara peringkat kumpulan setelah dipintas Malaysia untuk mengutip hanya sembilan mata sahaja.

Walaupun pada asalnya pasukan itu masih lgi berpeluang untuk merebut tiket ke saingan tersebut menerusi kedudukan kedua terbaik, mereka gagal meraihnya apabila dua perlawanan ketika menentang Guam dan Palestin tidak dikira.

Oleh sebab itu, Indonesia hanya mampu mengumpul tiga mata sahaja menerusi kemenangan lalu ketika menewaskan UAE selain tumpas di tangan Malaysia.

Pengendali skuad pembangunan tersebut iaitu Bima Sakti dikhabarkan menerusi Bola.com akan memberi fokus seterusnya pula untuk mempersiapkan kejohanan seterusnya iaitu Asian Youth Game 2022.

Bima Sakti ditugaskan untuk membentuk barisan pelajar yang berkualiti bagi mengukuhkan pasukan sebelum kejohanan tersebut bermula.

Menurut Bola.com, barisan pemain yang bakal digunakan oleh Bima Sakti nanti rata-ratanya lebih muda dan tidak bersangkut paut dengan pasukan semasa ini.

Untuk itu, semua pemain skuad B-17 ini akan kembali dipulangkan kepada pasukan masing-masing dalam saingan Liga Indonesia.

Sebelum itu, Bima Sakti juga telah membuat permohonan maaf kepada para penyokong bola sepak Indonesia, apabila beliau gagal untuk membawa skuad kendaliannya beraksi dalam saingan Piala Asia.

Bima juga sedar menerusi keputusan perlawanan semalam, ianya pasti memberi rasa kecewa kepada banyak pihak yang berharap mereka mampu beraksi lebih baik.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat bola sepak Indonesia kerana keputusan perlawanan semalam, ianya pasti memberi rasa kecewa dan sedih buat anda semua.

“Saya menegaskan kepada para pemain untuk mereka mengambil iktibar atas kekalahan itu agar dapat dijadikan pengalaman untuk masa akan datang.

“Karier mereka untuk bergelar pemain profesional masih lagi panjang, dan sebagai jurulatih menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk mereka,” jelas Bima Sakti.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN