Akibat Sakit Jantung Kronik, Pemain Brighton Terpaksa Bersara Awal Dari Bola Sepak

Pemain tengah Brighton & Hove Albion iaitu Enock Mwepu terpaksa melupakan terus karier beliau dalam bola sepak setelah disahkan menghidapi penyakit jantung keturunan.

Mwepu mula tidak sihat sewaktu beliau dalam penerbangan untuk menyertai skuad kebangsaan Zambia baru-baru ini untuk aksi persahabatan.

Selepas beberapa waktu menerima rawatan di sebuah hospital di Mali, beliau kembali ke kem Brighton untuk menjalani ujian jantung bagi mengetahui masalah selanjutnya.

“Hasil ujian yang kami dapati ialah beliau menghidapi penyakit jantung keturunan yang muncul ketika ini. Sebelum itu, pada pemeriksaan lalu ianya tidak dapat dikesan.

“Ianya boleh menjadi semakin buruk buat pemain ini sekiranya beliau terus bersukan pada masa akan datang.

“Jadi nasihat kami kepada Enock untuk beliau terus bersara daripada bola sepak selama-lamanya demi menjaga kesihatan,” jelas satu kenyataan menerusi Sport Bible.

Tambah kenyataan itu, keadaan akan bertambah buruk dari masa ke semasa dimana akan meletakkan Enock berisiko tinggi untuk terkena serangan jantung yang terus membawa maut, jika beliau masih aktif bermain bola sepak secara kompetitif.

Pada masa sama, Enock juga telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi media Brighton untuk menjelaskan persaraannya.

“Seorang kanak-kanak lelaki dari sebuah pekan kecil di Zambia yang bernama Chambishi ada sebuah cerita ingin dikongsikan.

“Dia berdiri teguh dengan kuat untuk mengejar impian bermain bola sepak di peringkat tertinggi dan dengan kuasa tuhan, beliau berjaya beraksi dalam saingan English Premier League (EPL).

“Sesetengah impian menemui penamat dengan begitu sedih, dan saya ingin mengumumkan diri ini akan menggantung terus but disebabkan nasihat perubatan yang diterima.

“Walaupun begitu, ini bukanlah penamat kepada segalanya buat saya dalam bola sepak. Saya mempunyai perancangan untuk terus kekal di sudut lain pula.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang menyokong saya dalam perjalanan bola sepak.

“Ini termasuklah isteri dan keluarga saya, ejen saya iaitu 12MAN, Zambia FA, semua bekas-bekas kelab saya, rakan sepasukan serta kejurulatihan, dan terutama sekali buat semua yang berada di Brighton & Hove Albion,” jelas Enock menerusi laman rasmi kelab tersebut.

Ketua jurulatih Brighton iaitu Roberto De Zerbi turut tidak dapat mengawal kesedihan dan bersimpati akan nasib yang menimpa pemain kendaliannya.

“Saya bersimpati akan nasib Enock. Sebelum saya tiba di sini, beliau merupakan pemain paling saya teruja untuk bekerjasama. Kami akan lakukan segalanya untuk membantu Enock,” ujar beliau.

Selepas melalui musim yang baik bersama Red Bull Salzburg, Enock telah pun menyertai Brighton dengan empat tahun kontrak pada musim 2021 lalu.

Bersama Brighton, pemain tersebut telah pun beraksi dalam 27 perlawanan dan telah meledak tiga gol termasuk satu jaringan menarik ketika mereka terikat seri bersama Liverpool denvan keputusan penuh 2-2 di Anfield.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN