Jurulatih Phnom Penh Crown FC – Oleg Starynskyi telah berkongsi satu analisis menarik tentang sistem 3-1-2-4 oleh Thomas Tuchel di Borrussia Dortmund.
Sistem ini adalah sistem ultra-offensive yang menggunakan 4 pemain selari di garisan paling atas.
Perkara pertama yang kita boleh lihat adalah struktur di belakang dengan sistem bek bertiga dan no.6 tunggal.
Julian Weigl akan turun ke satu posisi yang membolehkan dia menjadi konduktor kepada 2 garisan utama. Weigl akan berada di hadapan bek bertiga yang dibentuk.
Fasa seterusnya, ketika Weigl menerima bola, 2 pemain tengah akan memberikan sokongan di sekitar center circle untuk memastikan 3-1-2-4 itu stabil dan tidak terpatah (disjointed).
Dalam fasa ini, anda sudah boleh lihat sokongan yang diberikan kepada Weigl membolehkan dia ada 2 opsyen utama di titik A dan B.
Visi yang kuat oleh Weigl melihat ada gerakan taktikal di sebelah sisi kiri. Weigl memilih untuk mengatasi garisan tinggi Freiburg dengan segera.
Apabila sistem ini ditekan dengan intensif di garisan tinggi oleh pihak lawan, mereka akan membentuk 3-2-2-3/3-2-1-4.
Ini untuk memastikan mereka tidak terlalu kecil / thin di kawasan defensive midfielder. Hal yang jelas berlaku apabila Castro turun memberikan sokongan kepada Weigl.
Ketika mereka ditekan di blok rendah dengan high line pressing oleh pihak lawan, mereka perlukan stabiliti di pivot.
Ini untuk mengekalkan taktikal mereka yang dibina daripada bawah.
Dengan cara ini, mereka berjaya mengelakkan diri daripada melakukan hantaran tinggi ataupun clearance walaupun ada desakan.
Sekarang mereka sudah melepasi pressing tersebut. Fasa seterusnya adalah menyerang lawan yang sudah invest 5 pemain di pressing line, bermakna hanya 5 yang tinggal di belakang.
Ini adalah fasa penting, jika terlewat melepaskan bola, Freiburg akan menjadi stabil dan garisan pertahanan akan lebih turun.
Apabila garisan pertahanan turun lebih rendah, sukar untuk mendapat ruang selesa ketika menerima hantaran lolos.
Jadi, mereka berjaya melakukan gol dalam ruang yang hampir ditutup sekiranya lewat sedikit.
Itulah serba sedikit penjelasan daripada 2 situasi untuk sistem ini. Anda boleh menonton video di bawah ini yang telah dimuat naik oleh Oleg Starynskyi.
Rumusannya, sistem ini memerlukan pemain faham akan peranan mereka ketika tanpa bola dan ketika dengan bola.
Pemain perlu mengambil tindakan seperti bergerak, melepaskan hantaran pada masa yang waktu yang tepat.
Di belakang, ataupun blok rendah, pemain harus fokus dan tidak cuai mahupun terlalu cuak apabila ditekan.
Sebagai maklumat tambahan, Oleg Starynskyi merupakan bekas pembantu jurulatih B-16 tahun negara kita.
Beliau memang selalu memuat naik hasil analisis beliau di facebook dan saluran youtube beliau.
Kami mengucapkan terima kasih kerana beliau memberikan kebenaran untuk menggunakan video analisis ini dalam artikel kali ini.
Baca juga:Kenapa Memecahkan Zon 14 (Tight Area) Penting Di Dalam Bola Sepak