Luis Enrique: “Kalau PSG Boleh Jaringkan 4 Gol, Barcelona Pula Boleh Jaringkan 6 Gol”

Enrique

Luis Enrique mempunyai keyakinan besar terhadap pasukan Barcelonanya menjelang aksi kedua UEFA Champions League antara Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) di Nou Camp.

Dalam perlawanan lalu, Barcelona tewas 4-0 di tangan wakil Perancis itu.

Separuh jalan

Barcelona dalam prestasi yang cukup baik untuk lawan PSG selepas berjaya membelasah pasukan dalam saingan La Liga.

Kemenangan besar menentang Sporting Gijon dan juga Celta Vigo memberikan keyakinan buat pengurus Barcelona itu yang pasukannya mampu menewaskan PSG menerusi aggregat.

“Perlawanan ini baru sahaja separuh jalan dan kami belum lagi kalah dan mereka belum lagi menang.”

“Kalau PSG boleh jaringkan 4 gol lawan kami, kami boleh beri 6 gol kepada mereka!”

Namun begitu Enrique juga mengaku yang pasukannya perlu mengimbangi serangan dan pertahanan pasukan untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

“PSG adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Jadi jika tersilap langkah, mereka akan hukum kami.”

Kuasa penyokong 

Akan tetapi, Enrique tidak pernah lupakan kuasa penyokong.

Beliau jelas mahukan penyokong Barcelona di Nou Camp untuk memberikan sokongan yang cukup hebat kepada pasukannya ketika menentang PSG.

“Penyokong perlu menjadi punca mengapa pasukan PSG tertekan dengan teruk di Nou Camp nanti.”

“Mereka bukan hanya perlu tekan pasukan PSG ketika perlawanan, malah 20 minit sebelum perlawanan lagi sudah bagi mereka terseksa.”

Enrique jelas terdesak memerlukan bantuan daripada penyokong ketika perlawanan tersebut.

“Jika perlawanan masuk ke penentuan sepakan penalti sekali pun, sokongan padu dari penyokong perlu diberikan.”

Baca juga: AFC: “Malaysia Perlu Dapatkan Persetujuan Korea Utara Untuk Main Gelanggang Berkecuali”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN