Kenali Paul Bastock, Penjaga Gol Sabah Era 1980-An Yang Masih Lagi Aktif Bermain

Tahukah anda? Skuad Sabah di era 80-an dahulu yang pernah dibarisi oleh Hassan Sani dan Matlan Marjan pernah dibarisi oleh penjaga gol dari England?

Ya. Memperkenalkan Paul Bastock, penjaga gol yang berasal dari England yang kini sudah berusia 46 tahun namun masih lagi aktif bermain bola sepak.

Beliau yang menyertai Sabah pada usia 19 tahun kerana mengikuti bekas jurulatih Cambrige United ketika itu iaitu Frank Upton yang menjadi jurulatih Sabah, menceritakan kepada Stadium Astro mengenai pengalaman beliau di Malaysia.

“Dulu main hantaran pendek”

Ketika menceritakan pengalaman beliau bermain untuk Sabah ketika dahulu, Bastock menceritakan terdapat perbezaan antara bola sepak Malaysia ketika itu dengan di England.

“Dulu masa saya main di Sabah, kebanyakan pemain beraksi dengan corak permainan hantaran pendek. Ia berbeza kerana di England kebanyakan pasukan lebih gemar bermain bola tinggi.”

Bastock juga menceritakan budaya berbeza dalam diet pemakanan pemain luar dan juga pemain tempatan.

“Kalau pemain luar, mereka akan makan ayam dan kekacang saja. Tetapi bagi pemain Malaysia mereka akan makan nasi, dan mereka makan banyak!”

Matlan Marjan

Walaupun kontraknya tak disambung Sabah selepas setahun beraksi untuk mereka, Bastock tidak lupa akan kecantikan dan keramahan orang Malaysia yang sentiasa melayan beliau dengan baik.

Bastock juga yang kini merupakan penjaga gol bagi Stamford AFC juga mendedahkan yang Matlan Marjan merupakan rakan sepasukan yang kerap beliau hubungi selepas tinggalkan Sabah.

“Dahulu susah untuk berhubung kerana tiada internet. Bila dah ada internet saya cuba cari beliau.”

“Beliau kerap bertanya khabar mengenai saya, dan saya boleh cakap beliau seorang individu yang baik.”

Bastock juga ada menceritakan yang Hassan Sani mempunyai kualiti yang cukup bagus untuk bermain di England.

“Bagi saya, Hassan Sani mempunyai kualiti yang cukup mantap untuk bermain di England.”

Di akhir perbualan, Bastock ada memasang impian untuk kembali ke Malaysia satu hari nanti. Mungkin bermain untuk 1, 2 perlawanan atau menjadi jurulatih di negara kita.

Kini selain bermain untuk Stamford AFC, beliau juga punya akademik penjaga gol sendiri.

Baca juga: Jurulatih Ini Menerangkan Bagaimana Sistem 3-1-2-4 Thomas Tuchel Berfungsi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN