“Simpati Dengan Perkembangan & Potensi Malaysia” – Ini Surat Kim Pan-gon Kepada Penyokong Korea Selatan

Simpati dengan perkembangan terkini bola sepak Malaysia dan sayang akan potensi yang beliau lihat merupakan antara sebab Kim Pan-gon menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi pengendali baharu skuad Harimau Malaya mulai Mac hadapan.

Kim Pan-gon secara rasmi diumumkan menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu di dalam satu sidang media oleh badan induk bola sepak negara itu di ibu negara pada hari ini.

Pelantikan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong itu sekali gus menamatkan pertanyaan ramai siapakah pengganti Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan pada awal Januari, selepas kegagalan pasukan negara di pertandingan Piala AFF yang berlangsung di Singapura pada Disember lalu.

Susulan pelantikan tersebut, Kim Pan-gon yang merupakan ketua jawatankuasa khas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikan beliau itu dan, ia akan berkuatkuasa mulai 1 Februari.

Ini bermakna Kim Pan-gon mempunyai tempoh sebulan untuk melakukan persiapan sebelum mulai menjalankan tugas di Malaysia. Susulan peletakan jawatannya itu, Kim turut telah menulis sepucuk surat untuk penyokong bola sepak di Korea Selatan untuk menjelaskan hala tuju beliau selepas ini.

Berikut adalah terjemahan surat yang diutus oleh Kim Pan-gon kepada penyokong bola sepak Korea Selatan.

—————————————————

Surat kepada penyokong

Ucapan selamat tinggal kepada penyokong,

Hello. Saya Kim Pan Gon. Saya akan dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia pada hari ini dan akan meletak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan selepas perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia menentang Syria pada 1 Februari.

Saya mahu menyampaikan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) kerana melantik saya, yang serba kekurangan di dalam pelbagai segi, barisan pemain, dan penyokong untuk sokongan anda semua selama ini.

Saya juga mahu menyampaikan penghargaan kepada bekas Pengarah Eksekutif, Hong Myung-bo kerana kepercayaan yang diberikan sejak dari mula.

Selepas berakhirnya pertandingan Piala Suzuki pada awal tahun ini, saya telah ditawarkan peluang untuk bergelar pengendali pasukan kebangsaan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Selepas melakukan pertimbangan sewajarnya, dan perbincangan dengan KFA, saya memutuskan untuk menerima tawaran tersebut.

Sebab ke Malaysia

Berdasarkan prestasi terkini, saya percaya pasukan kebangsaan negara kita akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia.

Tambahan lagi, pelantikan jurulatih skuad B-23 dan B-20 telah dilakukan dengan jayanya. Pasukan wanita kebangsaan juga diyakini berada di dalam landasan yang betul.

Mengambil kira saya telah melakukan yang terbaik sebagai Pengerusi Jawatankuasa khas KFA, saya berpendapat tiba masanya untuk saya kembali menjadi pelatih.

Malaysia UAE 2021 Kesebelasan Utama Harimau Malaya minit permainan
FOTO: FAM

Secara peribadi, saya menjangkakan diri akan bergelar pengendali kelab di K-League, tetapi keadaan tidak mengizinkan atas pelbagai sebab seperti jadual kelayakan Piala Dunia.

Tambahan, saya juga bersimpati dengan perkembangan dan potensi dimiliki skuad kebangsaan Malaysia dan visi mereka. Oleh sebab itu, saya memutuskan untuk pergi ke Malaysia untuk satu cabaran baharu.

Sekali lagi, terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Korea kerana menyokong keputusan yang saya lakukan walaupun ianya datang secara tiba-tiba.

Perkongsian visi untuk Korea

Sejak memasuki pejabat pada 2018, saya sering berusaha untuk melaksanakan lima perkara utama. 1) Mewujudkan falsafah bola sepak di dalam pasukan kebangsaan – membina cara permainan 2) Memenangi setiap perlawanan dengan permainan aktif (active play)- melantik jurulatih yang sesuai dengan corak permainan dikehendaki, 3) Mewujudkan struktur elit bola sepak di setiap peringkat usia – pembangunan akar umbi 4) Menyedia dan mempersiapkan corak permainan di setiap peringkat usia pasukan. (Perkara ke-5 tidak diperolehi).

. (Photo by Mohammad Karamali/DeFodi Images via Getty Images)

Melalui lima perkara ini, skuad kebangsaan negara kita cuba memberikan setiap penyokong bola sepak nikmat kegembiraan hasil kemenangan, sekali gus membentuk kepercayaan terhadap badan induk bola sepak negara (KFA) di mata ramai.

Sebahagian daripada lima perkara di atas telah dilaksanakan dengan lengkap, dan ada juga yang belum diselesaikan disebabkan limitasi yang ada. Saya percaya bakal pengganti saya akan memastikan visi dan sasaran ini mampu dicapai sepenuhnya.

Terima kasih KFA

Saya pergi dengan penuh kesyukuran, tetapi sekiranya saya mempunyai peluang untuk kembali menyertai KFA pada masa depan, dedikasi saya tidak akan pernah berubah.

Saya berharap KFA dan skuad kebangsaan kita akan terus berjaya melangkah ke hadapan dengan sokongan rakyat Korea, Terima kasih.

Daripada Kim Pan Gon oada January 21, 2022.

———————————————

Rumusan

Berdasarkan apa yang dikongsi oleh Kim Pan-gon kepada penyokong bola sepak di Korea Selatan, jelas sekali beliau telah mempertimbangkan sepenuhnya tawaran FAM sebelum menerimanya.

Sudah tentu kita mengharapkan Kim Pan-gon mampu membawa pengalaman dan kepakaran beliau bersama Korea Selatan untuk skuad Harimau Malaya.

Kini terpulang kepada FAM dan barisan pemain  untuk memanfaatkannya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN