‘Berbeza Sama Sekali’ – Sri Pahang Yang Sekarang Bukanlah Yang Dahulu

Sri Pahang FC

Musim 2021 pastinya menjadi tahun yang mahu segara dilupakan buat Sri Pahang apabila berada di situasi ibarat telur di hujung tanduk’ dalam saingan Liga Super selepas sekadar berada di kedudukan ke-10.

Namun kekecewaan musim lalu itu menjadi motivasi buat pertahanan, Nicholas Swirad yang mengharapkan tahun 2022 akan menjadi detik kebangkitan semula skuad Tok Gajah untuk menjadi salah satu pencabar utama di Liga Malaysia.

Pemain berusia 30 tahun itu mengakui cukup positif melihatkan perubahan yang sedang berlaku di kem Sri Pahang terutama menerusi kehadiran pengendali baharu dari Perancis, Christophe Gamel.

Malah kehadiran pemain-pemain import seperti Johan Martial dan Mahmoud Za’tara selain pemain-pemain tempatan meletakkan Sri Pahang sebuah skuad yang berbeza dari musim lalu.

“Musim lalu saya rasa tidak sepatutnya Sri Pahang boleh berada di tahap sebegitu dan banyak perkara kami telah diperkatakan, jadi harap perubahan mampu dijelmakan untuk musim ini,” ujar pemain kelahiran Manchester, England itu kepada Media MFL.

“Bagaimanapun, segala perubahan itu tidak boleh berlaku dalam satu malam sahaja walaupun pasukan telah alami perubahan dengan pemain dan jurulatih yang baharu.

“Segala-galanya perlu melalui perubahan secara berperingkat namun proses yang sedang berlaku dalam pasukan sememangnya menunjukkan kami sedang menuju ke arah yang tepat.

“Bersama Gamel, banyak pertukaran telah berlaku termasuk corak latihan dan beliau seorang yang begitu tegas dengan semua pemain, saya rasa ini sememangnya perubahan diperlukan dalam pasukan.

“Mungkin segala perkara ini akan sukar di awalnya namun saya yakin segala perkara ini akan memberikan pulangan jangka panjang kepada Sri Pahang.”

Swirad menjadi salah seorang pemain yang dikekalkan selepas menyertai Sri Pahang pada pertengahan musim lalu dari kelab Thailand, Nongbua Pitchaya.

Boleh beraksi selaku pertahanan tengah dan kanan, Swirad bermain dalam 14 perlawanan musim lalu dan kerap kali bergandingan bersama Herold Goulon atau Muslim Ahmad di barisan pertahanan tengah.

Bagi musim ini, Swirad berazam untuk memburu minit permainan yang lebih banyak walaupun sedar semakin sengit ditambah dengan kehadiran Johan Martial selaku pengganti Goulon selain Wan Amirzafran Wan Nadris.

“Musim lalu, Goulon bermain cukup cemerlang, begitu juga dengan Muslim dan saya kena bersabar menunggu peluang,” tambahnya lagi.

“Kali ini saya nampak pertahanan lebih kuat malah teruja berpeluang untuk bermain dengan Johan yang sememangnya punyai rekod begitu hebat sebagai seorang pemain.

“Tidak dilupakan pemain-pemain lain seperti Amirzafran dan Muslim, saya rasa semua pemain yang berada di Sri Pahang adalah yang terbaik.

“Jadi sudah tentu saya kena tingkatkan usaha jika mahu menjadi salah seorang pemain yang sentiasa berada dalam perancangan jurulatih untuk musim ini.”

Sri Pahang juga dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani penyerang kacukan Laos-Perancis, Billy Ketkeophomphone. Pemain tersebut dikatakan sudah berada di negara ini untuk melengkapkan perpindahannya dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN