RASMI: Kim Pan-gon Sah Ketua Jurulatih Baharu Harimau Malaya

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong, Kim Pan-gon sah dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya yang baharu.

Jurulatih dari Korea Selatan itu dilaporkan menerima kontrak selama dua tahun daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan didatangkan bersama empat pembantu jurulatih.

Empat pembantu beliau terdiri daripada seorang jurulatih penjaga gol, pembantu teknikal dan juga penganalisis perlawanan.

 

Kim Pan-gon pernah dikenali sebagai ‘Guus Hiddink Hong Kong’ kerana peranannya membangkitkan bola sepak bekas wilayah jajahan British itu, sebelum kembali ke Korea Selatan untuk  mengetuai jawatankuasa khas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) yang betanggungjawab melantik ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Antara tugasnya ialah melantik Paulo Bento untuk menggantikan Shin Tae-yong sebagai pengendali skuad kebangsaan Korea Selatan pada 2018.

‘Dilempar Telur & Dipecat’ – Dendam Shin Tae-yong Kepada Bakal Pengendali Harimau Malaya Yang Akan Membarakan Derbi Nusantara

Laporan daripada Korea Selatan bagaimanapun mengesahkan Kim telah meninggalkan jawatan beliau bersama KFA untuk memberi tumpuan sepenuhnya membimbing pasukan Harimau Malaya.

Bola sepak Malaysia sebenarnya bukan asing bagi Kim Pan-gon. Ketika bersama Hong Kong pada 2017, Kim berjaya mencatat dua keputusan positif menentang pasukan negara di perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia apabila mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Hang Jebat, sebelum menang 2-0 di Hong Kong.

Terkenal dengan corak permainan agresif dan pressing, Kim Pan-gon juga fleksibel dalam formasi pasukan berdasarkan lawan. Misalnya ketika menentang Malaysia pada 2017, Kim menggunakan sistem bek bertiga dan banyak melakukan ancaman melalui dua bek sayap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN