Siapakah “Kelab Elit” Liga Super Yang Sedang Buru Azam Azmi?

Azam Azmi

Pemain pertahanan Terengganu, Azam Azmi dilaporkan kini menjadi buruan sebuah pasukan Liga Super bagi menguatkan lagi pertahanan mereka.

Secara tiba-tiba, pemain ini menjadi buruan sebuah pasukan bermasalah dengan bahagian pertahanan mereka sejak zaman-berzaman.

Menurut ciapan yang ditulis oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam, pertahanan Harimau Malaya itu dikatakan diburu oleh sebuah pasukan elit di Malaysia walaupun ejennya sendiri menafikan perkara tersebut.

“Tak ada sebarang tawaran untuk beliau buat masa ini. Harap maklum,” kata ejen kepada Azam iaitu Joe.

Namun begitu, menurut sumber dalaman Semuanya BOLA, Azam dikatakan bersedia untuk kekal di Terengganu sekurang-kurangnya hingga kontrak jangka panjangnya tamat pada 2025.

Azam dilihat lebih mementingkan minit permainan untuk kemajuan kariernya sebagai pemain dan itulah yang Terengganu boleh tawarkan kepadanya buat masa ini.

Walaupun perkara itu pantas sekali dijelaskan oleh ejen Azam, namun masih lagi menjadi tanda tanya kelab manakah yang begitu berani mendapatkan pemain tersebut.

Tapi pasukan manakah yang ingin dapatkan Azam ini?

Jika dilihat kepada keadaan semasa, pasukan yang dikaitkan itu adalah Selangor dek kerana masalah pertahanan yang sering dihadapi mereka.

Selangor yang walaupun sedang menduduki tangga kedua liga, namun isu pertahanan masih menghantui mereka dan ini sudah menjadi kerisauan penyokong mereka saban musim.

Jadi tidak hairanlah jika Azam menjadi buruan kerana mungkin Selangor memerlukan pencabar kepada Quentin Cheng di bahagian pertahanan selain memberi saingan buat Zikri Khalili.

Jadi apakah kesudahan kisah ini? Adakah Azam akan kekal atau berpindah? Kita tunggu saja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN